13 Kafe Moden “Mesti Kunjung” Yang Menjadi Kebanggaan Orang Shah Alam

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster kini menjadi trend dikalangan warga kota. Bukan sahaja di PJ dan TTDI, kafe sebegini juga dilihat banyak "tumbuh" di Shah Alam.


  • 1. Foodsbury

    • Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti. Kepada penggemar pencuci mulut, boleh cuba menu best-seller mereka seperti Almond Salted Caramel Cake, Mille Crepe Cake, Cheese Cake Brownies dan kek cawan berwarna-warni. Layari Instagram dan Facebook Foodsbury.

      Status: Halal

      Alamat: Foodsbury Cafe @ Wisma Faizazrina 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari 12 tengahari hingga 11 malam.
      Telefon: +6013-386 1848
  • 2. Chemistry Café+Lab

    • Chemistry Café+Lab adalah kafe pertama yang menggunakan konsep makmal dalam kafe. Lebih menarik, kafe ini menggunakan peralatan makmal tulen untuk pelanggan bagi mengalami persekitaran makan dalam makmal. Selain itu, ia turut mempunyai reka bentuk dalaman yang disifat sebagai aneh. Khusus dalam kopi dan minuman, kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis kek dan pastri yang menyelerakan. Layari Instagramdan Facebook Chemistry Café+Lab.

      Status: Halal

      Alamat: 26 Jalan Kristal J7/J Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Malaysia.
      Waktu operasi:
      Isnin - Khamis = 12 tengahari hingga 1 pagi
      Jumaat = 3 petang hingga 1 pagi
      Sabtu & Ahad = 10 pagi hingga 2 pagi
      Telefon: +6017-6262 7979
  • 3. Cake Jalan Tiung

    • Diusahakan oleh pasangan berkahwin Shafinaz dan Hidzat, bekas pegawai bank itu berkata, dia mula mengasah bakat dalam seni membuat kek sejak beberapa tahun yang lalu kerana suaminya sukakan manisan. Maka wujudlah Cake Jalan Tiung, sebuah cafe kek yang cantik dengan hiasan dalaman yang amat memikat. Hidangan kek yang dijual juga sangat enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan. Layari Instagram danFacebook Cake Jalan Tiung.

      Status: Halal

      Alamat: 31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi: Rabu - Ahad = 12 tengahari hingga 8 malam. Tutup pada Isnin dan Selasa.
      Telefon: +6012-9512 887
  • 4. Kopimeo

    • Pasangan berkahwin Meor dan Leena membuka kafe ini dengan satu visi iaitu menjadikannya salah satu kafe kontemporari paling digemari ramai dengan menyediakan hidangan lazat disertakan sentuhan klasik barat sambil mengekalkan ciri-ciri tempatan dalam setiap hidangan. Info lanjut sila ayari Instagram Kopimeo.

      Status: Halal

      Alamat: 29, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi: Sabtu - Khamis = 12 tengahari hingga 10 malam.
      Telefon: +6012-2060 326
  • 5. Brew&Bread

    • Brew&Bread merupakan salah satu kafe yang paling terkenal di kalangan penduduk di Kota Kemuning. Mereka sangat mengambil berat tentang kualiti kopi dan makanan yang dihasilkan. Kafe ini menyediakan menu makanan yang banyak berasaskan telur termasuk Egg Benedict dan Mushroom Egg Omelette. Suasana di sini agak selesa dengan berlatar belakangkan iringan muzik akustik yang sungguh menenangkan. Jangan lupa untuk layari Facebook Brew&Bread untuk info lanjut.

      Status: Halal

      Alamat: 10, Jalan Anggerik Vanilla M 31/M, 40460 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi: Jumaat - Rabu = 8 pagi hingga 7 malam. Tutup pada Khamis.
      Telefon: +603-5131 5201
  • 6. Cotton Craft

    • Pemilik kafe, adik beradik Nadia dan Nilda Nadzri memilih tema boutique cafe dan memberi sentuhan warna terang kepada Cotton Craft dengan warna putih dan biru cair. Kafe ini menghidangkan makanan barat seperti salad, pasta dan lain-lain, malah terdapat hari di mana mereka membuat promosi hidangan yang tidak ada pada menu. Untuk ketahui lebih lanjut tentang tawaran khas, diskaun, dan promosi menarik ini, pengunjung perlu mengikuti akaun Instagram atau Facebook Cotton Craft.

      Status: Halal

      Alamat: 2-01-1, Presint Alami, 40100, Jalan Akuatik, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
      Waktu operasi: Isnin - Ahad = 10 pagi hingga 12 malam
      Telefon: +6012-7670 391
  • 7. Holy Smoke Cafe

    • Holy Smoke Cafe adalah sebuah kafe kejiranan mesra yang mengutamakan kualiti makanan dan perkhidmatan pelanggan. Setiap pilihan menu disediakan dengan standard masakan yang tinggi dan ditawar pada harga yang berpatutan. Mereka percaya para pengunjung tidak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk menikmati makanan yang baik. Seiring dengan namanya, kafe ini turut menyediakan shisha dan cigar. Reka bentuk dalaman dengan konsep retro moden pastinya memberi satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan. Layari Instagram dan Facebook Holy Smoke Cafe.

      Status: Halal

      Alamat: 65 Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi:
      Dibuka setiap hari
      Isnin - Khamis = 12 tengahari hingga 3 petang
      Jumaat = 5.30 petang hingga 11 malam
      Sabtu & Ahad = 3 petang hingga 11 malam
      Telefon: +603-5511 8018
  • 8. Bert's Cafe

    • Bert's Cafe adalah satu kafe menarik yang terletak di kawasan kejiranan U12, Shah Alam. Walaupun kafe yang dikendalikan oleh sebuah keluarga ini kecil molek dari segi saiz, tarikan atau appeal yang ada padanya jauh lebih besar. Dengan hiasan dalaman yang selesa, ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat bersama keluarga dan rakan-rakan. Bert's mungkin satu kafe yang agak baru, tetapi aroma kopi dan hidangan makanannya pasti membuka selera sesiapa yang datang. Layari Instagram danFacebook Bert's Cafe.

      Status: Halal

      Alamat: 6, Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi: Selasa - Ahad = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Selasa.
      Telefon: +6017-2255 597
  • 9. The Sumbs

    • Dimiliki oleh selebriti terkenal, Dato' Fazley Yaakob, The Sumbs menawarkan banyak kategori makanan seperti Appetizer & Snack Delights, Pasta Delights, Sandwich Delights, Calzone, Western Delights, Local Delights dan Dessert Delights. Terdapat jugaSumbs Meal Hour, iaitu hidangan makanan tempatan yang datang dengan minuman berkarbonat dari jam 12 tengahari hingga 3 petang, dan 6 petang hingga 9 malam. Layari Instagram dan Facebook The Sumbs.

      Status: Halal

      Alamat: Block 7 Persiaran Alami, Pusat Perniagaan Worldwide, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Malaysia.
      Waktu operasi: Sabtu - Khamis = 12 tengahari hingga 11 malam. Tutup pada Jumaat.
      Telefon: +6017-2888 658
  • 10. The Teapot Deli

    • Teapot Deli melahirkan suasana kampung kecil bertemakan English dengan gubahan bunga menghiasi dinding dan bau makanan yang dipanggang terapung-apung di udara. Cuba pai ayam mini mereka, atau trifle buah-buahan manis yang sangat lazat. Minuman yang disediakan termasuk pelbagai jenis teh, kopi dan jus.

      Status: Halal

      Alamat: Lot 2F-29, 2nd Floor, SACC Mall, 40000 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi:
      Isnin - Khamis = 11 pagi hingga 9.30 malam
      Jumaat - Ahad = 11 pagi hingga 10 malam
      Telefon : +6019-277 3043
  • 11. Small Gas Cafe

    • Facebook Small Gas Cafe

      Status: Halal

      Alamat: 1-2-1-, Jalan Setia Prima D u13/D, Setia Alam, Seksyen U 13, 40170 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi: Khamis - Selasa = 12 tengahari hingga 12 malam. Tutup pada Rabu.
      Telefon: +6012-255 0025
  • 12. TBC Café

    • TBC Café dimulakan oleh 3 orang pencinta kopi dan makanan Nat, Daniel, dan Crystal. Ketiga-tiga anak muda ini tahu bagaimana makanan yang baik boleh membawa perbezaan. Oleh itu, mereka banyak menerapkan elemen sihat ke dalam hidangan dengan tidak menggunakan bahan tiruan dan bahan segera. Semuanya dibuat di dapur TBC. Tarikan utamanya adalah ciptaan TBC sendiri iaitu TBC Blend yang lemak berkrim dan kaya dengan vanilla dan coklat. Layari Instagram dan Facebook TBC Café.

      Status: Non-Halal

      Alamat: 2-39-1, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi:
      Isnin = 10:00 pagi hingga 6:00 petang
      Tutup pada Selasa.
      Rabu - Jumaat = 10:00 pagi hingga 6:00 petang
      Sabtu = 9:00 pagi hingga 10:00 malam
      Tutup pada Ahad.
      Telefon: +6016-317 8180
  • 13. Sips & Bites Café

    • Salah satu kafe yang agak baru di kejiranan Kota Kemuning, Sips & Bites Café adalah perniagaan yang diuruskan sebuah keluarga. Dekorasi dalamannya dipenuhi dengan warna biru dan perak yang mempunyai sentuhan desa dan rumah sendiri, dari lukisan dinding sehinggalah ke meja kayu. Kafe ini ada menawarkan all-day breakfast, pasta, sandwich, dan wafel kepada pelanggan. Layari Instagram Sips & Bites Café.

      Status: Non-Halal

      Alamat: 24-1, Sinaran 2, Jalan Anggerik Vanilla BE31/BE, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.
      Waktu operasi:
      Isnin - Jumaat = 8 pagi hingga 10 malam
      Sabtu & Ahad = 9 pagi hingga 10 malam
      Telefon: +6019-2711 309

0 Response to "13 Kafe Moden “Mesti Kunjung” Yang Menjadi Kebanggaan Orang Shah Alam"

Post a Comment