Sayu : Jenazah Adik Rafiqin ditemui di celah batu ( 5 Gambar )

Ayah kepada arwah sedang menunggu bantuan.                                       
Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telahpun meninggal dunia, berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu.

Dari keadaan mayat yang ditemui, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam. Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat. 







Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi sedikit sukar dan memakan masa hampir 3 jam dengan laluan yang licin dan lembap.


Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Al-fatihah salam Takziah untuk keluarga Adik Rafiqin

16 Responses to "Sayu : Jenazah Adik Rafiqin ditemui di celah batu ( 5 Gambar )"

  1. Alfatihah Allah lebih sayangkan beliau..

    ReplyDelete
  2. Kn arwah pakai baju hitam..apasal jadi warna putih lak...agak2 la admin pon...jgn ske hati nak post je...sbelum jumpa arwah dh trsebar gmbr pkcik duduk atas batu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke dia pakai baju hitam semasa kejadian? Foto baju hitam tu semasa merentas desa ke?

      Delete
    2. nie la dia, baca artikel x habis dok main copy paste. tu kawasan mayat arwah dijumpai. yg duduk 2 most probably ahli keluarga tgh baca doa kat arwah. SMH

      Delete
    3. kan ada gambar dia tgh lari pakai baju hitam tu. admin ni pun lahaiiiiii..

      Delete
    4. loll..komen jangan sembarangan..ada ke admin cakap gambar tu adalah arwah? agak2 la pun nak komen.

      Delete
    5. lol masuk x bagi salam nk kondem org. 2 baru edit 2 tadi tulis gambar arwah ahahah

      Delete
    6. da sah gambar ckp ayh kpd arwah tgh tggu bantuan ... tu la ayhnye bkn mayat nye ...baca dn phm la nie la malaysia .... nk bbl mane punya la besar sendiri semuer mata tk reti baca dn pahamkan sglanya

      Delete
  3. mohon maaf pd keluarga arwah...jd kan pengajaran

    ReplyDelete
  4. Admin tak salah pun...baca betul2 apa yang di tulis...terang tu ayat di permulaan...
    ’Ayah kepada arwah sedang menunggu bantuan’....

    ReplyDelete
  5. Admin baru edit... Agak2 la admin... Nak buat cerita hantu sundal pulak....hadoiiiii admin .....

    ReplyDelete
  6. Admin nak buat cerita hot pon jgn la HYPE sangat... Blog ko ni kurang trafik ke.... Hadoii blog ko...

    ReplyDelete
  7. Al fatihah.semoga roh adik dicucuri rahmat dan tenang disana..Allah lebih sygkan die..

    ReplyDelete
  8. Korang tak baca artike ini kah, cuba tenguk ayat dibawa gambar rajah tu " Ayah kepada arwah sedang menunggu bantuan " suka sangat komplen dari mengkaji dahulu

    ReplyDelete
  9. Biasa la blogger nk trafik lebih mcm ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca figure 1 tu tulis apa bawah dia. terima kasih.

      Delete