SANDISK KELUARKAN MEMORI KAD microSD 200GB!

Memori smartphone anda tak cukup ruang walaupun pakai memori 64GB ? Well, sekarang anda tak akan ada masalah sebab memori kad microSD 200GB keluaran Sandisk sekarang dah ada pasaran.

Anda boleh order memori kad microSD 200GB tersebut di Amazon dengan harga $240 (RM880) walaupun sebelum ini Sandisk telah mengumumkan yang harganya ialah $400 (RM1440). 

Memori kad tersebut atau nama komersialnya Ultra microSDXC UHS-I, menawarkan kelajuan pemindahan sehingga 90MB sesaat. Dua kali ganda kelajuan memori kad sebelumnya, 128GB.

Transfer Speed: 1200 Foto Per Saat
Syarikat itu juga berkata bahawa kelajuan itu membolehkan anda untuk memindahkan lebih daripada 1,200 foto dalam hanya satu minit sahaja. Kad ini adalah sesuatu yang amat berguna untuk jurugambar dan pembikin filem yang memerlukan kapasiti simpanan yang lebih untuk menyimpan gambar-gambar resolusi tinggi dan video.

Selain itu juga, memori kad ini juga didatangi dengan adapter SD dengan waranti sehinggi 10 tahun.

Tambahan pula, kad MicroSD 200GB adalah kalis air, kalis, tahan dari suhu yang tinggi, tahan dari magnet dan kalis sinaran X-ray untuk menangani sebarang kemungkinan darinya rosak.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mampu untuk membeli memori kad ini. Anda boleh mencuba memori kad 128GB pada harga yang lebih rendah $80 (RM288).

0 Response to "SANDISK KELUARKAN MEMORI KAD microSD 200GB!"

Post a Comment