13 Kafe Terbaik Di KL Dengan Makanan Halal

  • Mungkin anda tertanya-tanya sebelum ini adakah kedai-kedai kopi di serata Kuala Lumpur menawarkan hidangan halal? 

  • 1. SOULed OUT - Sri Hartamas dan Jalan Ampang

      • Image via imgur.com
    • SOULed OUT bermula pada tahun 1996 sebagai sebuah kafe kejiranan kecil di Mont Kiara. Dengan menu sederhana yang memaparkan campuran kegemaran, ia telah memenangi hati ramai orang dengan personaliti yang mudah dan mesra. Hari ini, SOULed OUT telah berkhidmat kepada lebih lima juta pelanggan.

      • F237Image via asia-bars.com
    • Berbekalkan slogan 'as good as a hug', kunjungan ke SOULed OUT adalah seperti pulang ke rumah. Ia adalah tempat yang sempurna bagi rakan-rakan dan ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama.

      • 0febImage via photobucket.com
    • Alamat penuh (Hartamas): 20, Jalan 28/70a, 50480 Kuala Lumpur, Sri Hartamas.

    • Alamat penuh (Jalan Ampang): 187, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

  • 2. The Good Batch - Damansara Uptown

      • C724Image via akamaihd.net
    • The Good Batch mempunyai potensi untuk menjadi tempat yang popular di kalangan penggemar kopi dan makanan lazat. Kombo sarapan lewat pagi (brunch) dan bar sepanjang hari menjadi sebab kenapa The Good Batch adalah salah satu kafe yang mesti dilawati sekiranya anda berada di Damansara Uptown.

      • 5472Image via su-yee.blogspot.com
    • The Good Batch banyak menawarkan hidangan berasaskan telur. Di samping itu, pelaksanaan sentuhan Malaysia ke dalam makanan fusion mereka berjaya memberi satu perubahan yang amat menarik kepada hidangan.

      • Ee48Image via blogspot.com
    • Alamat penuh: 53, Jalan SS 21/1A, Damansara Uptown, Petaling Jaya, Selangor.

  • 3. Breadties - Taman Melawati

      • 0f69Image via beanhunter.com
    • Breadties diusahakan oleh sekumpulan anak muda yang mahu membuka kedai roti kecil dan membekalkan roti bakar segar kepada kejiranan.

      • 316fImage via groupon.my
    • Kafe ini menyuntik idea seperti berada di rumah sendiri dengan hidangan kopi aromatik dan juga makanan yang lazat. Breadties sangat popular dengan hidangan Brunch termasuk English Muffin dan Breadties Roti John.

      • Fd3eImage via timeout.com
    • Alamat penuh: 9138 Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

  • 4. Three Little Birds Coffee - Sentul D7 dan Desa ParkCity

      • 2df1Image via tripadvisor.com
    • Kafe Three Little Birds Coffee adalah khusus untuk penggemar kopi. Terletak di sebelah taman yang cantik serta mempunyai penataan cahaya matahari yang terang dan semulajadi, sesiapa yang berkunjung pasti akan berasa terpikat dengan suasananya.

      • E889Image via dracryst.blogspot.com
    • Konsep "kafe dalam taman" ini berjaya menambat hati pengunjung yang ingin bersantai sambil menikmati hidangan ringan yang menyelerakan. Kini mempunyai dua buah cawangan iaitu di The Waterfront @ Desa ParkCity dan juga di D7 Sentul East.

      • F08aImage via eatdrinkkl.blogspot.com
    • Alamat penuh (Sentul): D7 Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur.

    • Alamat penuh (Desa ParkCity): GF-08D, The Waterfront @ Desa ParkCity.

  • 5. Wondermilk - Damansara Uptown

      • Fcc9Image via blogspot.com
    • Wondermilk telah beroperasi selama bertahun-tahun. Wondermilk mempunyai hiasan dalaman yang cantik & santai serta menawarkan persekitaran mesra dengan semua tempat duduk yang luas & selesa.

      • 8175Image via flickr.com
    • Kini terdapat tiga cawangan iaitu di Damansara Uptown, Publika, dan Citta Mall. Wondermilk sangat terkenal dengan kek cawan yang lazat dan berwarna-warni. Ia juga menyediakan hidangan seperti sandwich, hotdog dan lain-lain.

      • 9069Image via qasehblog.blogspot.com
    • Alamat penuh: 41, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

  • 6. Podgy & The Banker - Sri Hartamas

      • 792dImage via su-yee.blogspot.com
    • Podgy & The Banker tidak menawarkan menu yang mewah. Tempat ini popular sebagai tempat sarapan pagi kerana kebanyakan hidangannya berasaskan telur, roti dan kopi yang sihat.

      • B139Image via blogspot.com
    • Kafe ini merupakan antara kafe paling popular di sekitar Sri Hartamas, dengan pengunjungnya terdiri daripada semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.

      • 5e18Image via hungrygowhere.my
    • Alamat penuh: 2, Jalan Sri Hartamas 8, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  • 7. A Pie Thing - Damansara Uptown

      • 7aa1Image via sharkingforchipsanddrinks.com
    • Walaupun tidak mempunyai sijil halal, A Pie Thing tidak menghidangkan sebarang alkohol atau daging khinzir. Menurut sumber dalaman juga, segala sumber daging yang diperoleh adalah daripada pengedar yang halal. Jadi, tiada ada keraguan lagi mengenai status halal kafe ini.

      • 9572Image via themalaymailonline.com
    • A Pie Thing adalah sebuah restoran yang dibuka di Damansara Uptown. Menerusi namanya, mereka sememangnya pakar dalam penghasilan pai yang tidak boleh dijumpai di mana-mana restoran di Kuala Lumpur, malah di seluruh Malaysia.

      • Af54Image via friedchillies.com
    • Alamat penuh: 128G, Jalan SS21/35, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

  • 8. Feeka Coffee Roasters - Jalan Mesui, Bukit Bintang

      • D77eImage via blogspot.com
    • Terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan KL di Jalan Mesui, Bukit Bintang, Feeka Coffee Roasters menyediakan tempat yang sempurna untuk persinggahan pada hujung minggu dengan lantai kayu dan hiasan dalaman yang cantik.

      • BdcdImage via weekendnotes.com
    • Dari pemilihan sarapan dan juga makan tengahari, hidangan yang disediakan cukup untuk membuat anda mahu datang kembali ke tempat ini.

      • 8c21Image via eatdrinkkl.blogspot.com
    • Alamat penuh: 19, Jalan Mesui, Kuala Lumpur.

  • 9. Fat Spoon - Damansara Uptown

      • B363Image via staticflickr.com
    • Terletak di Damansara Uptown, Fat Spoon berjaya menyampaikan makanan kegemaran tradisional Malaysia bersama campuran Barat dalam suasana kafe yang agak 'old school'.

      • 1393Image via staticflickr.com
    • Dikendalikan oleh dua saudara perempuan bersama ibu mereka, semua hidangan di Fat Spoon menawarkan rasa yang cukup enak, sesuai dengan selera masyarakat Malaysia. Jangan lupa untuk mencuba hidangan Nasi Ulam mereka!

      • E9e8Image via staticflickr.com
    • Alamat penuh: 73, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

  • 10. Artisan Roast Coffee - Taman Tun Dr Ismail

      • F646Image via blogspot.com
    • Artisan Roast Coffee adalah pilihan yang boleh dipercayai apabila anda hanya mencari kopi yang baik. Orang ramai tidak pernah gagal untuk membanjiri kafe ini terutama pada hari minggu. Mocha di sini adalah mungkin yang terbaik boleh ditemui, dengan campuran coklat Valrhona yang lazat.

      • A15eImage via blogspot.com
    • Kafe ini sempurna untuk dijadikan tempat untuk berkumpul bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk menikmati hidangan yang memuaskan dan pada harga yang berpatutan.

      • D6d6Image via tripadvisor.com
    • Alamat penuh: 4, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Selangor.

  • 11. Nutmeg - Bangsar Village

      • 1a52Image via akamaihd.net
    • Nutmeg di Bangsar Village adalah sebuah perusahaan milik keluarga, yang terdiri daripada dua adik-beradik ipar, Gordon dan William. Jika ada kelapangan, Gordon akan menyambut kedatangan pelanggan & menjadi pemerhati kepada keseluruhan perkhidmatan kedai, manakala William menjaga perihal menu dan masakan yang disediakan.

      • 3d79Image via googleusercontent.com
    • Apa yang istimewanya di Nutmeg ialah anda mempunyai pilihan untuk memesan makanan sarapan pagi pada waktu malam yang sangat jarang dilakukan oleh mana-mana kedai makan yang lain. Kelainan ini yang membuatkan Nutmeg unik dan versatile.

      • Ddb3Image via threatsandfrets.blogspot.com
    • Alamat penuh: UGF-28A, Bangsar Village II, 2 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru, 59100, Kuala Lumpur.

  • 12. Kaffa Espresso Bar - Damansara Uptown

      • 0636Image via blogspot.com
    • Hiasan dalaman Kaffa Espresso Bar ini akan membawa anda ke zaman 80-an ketika kumpulan muzik The Beatles menerajui persada muzik antarabngsa pada waktu itu. Terletak di Damansara Uptown, kafe ini adalah antara yang paling popular di kawasan tersebut. Menu yang paling digemari di kafe ini ialah Cheese cake.

      • Ef08Image via timeout.com
    • Dibuka pada awal tahun 2013, kafe bertemakan vintage dan klasik ini boleh dianggap sebagai suasana terbaik untuk menikmati secawan espresso bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

      • 5da8Image via blogspot.com
    • Alamat penuh: 97, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

  • 13. Wood & Steel - The Strand, Kota Damansara

      • 3066Image via staticflickr.com
    • Terletak di The Strand, Wood & Steel berada dalam kedudukan yang sangat strategik dan mudah dilawati oleh orang ramai yang melalui jalan utama. Biasanya, kedatangan akan disambut dengan aroma kopi yang memukau sekali gus membuat anda tidak mahu meninggalkan kafe ini. Susu berbuih di atas cawan yang seimbang dengan rasa kopi yang lazat dan panas, menjadikan setiap sedutan sangat memuaskan.

      • 3235Image via staticflickr.com
    • Untuk benar-benar menikmati suasana makan yang baik di Wood & Steel, anda disyorkan untuk datang di luar waktu puncak. Disebabkan namanya yang kini semakin popular di kalangan peminat kopi, kafe ini selalunya penuh pada waktu makan tengah hari dan makan malam, terutama pada hari minggu.

      • 1f75Image via threatsandfrets.blogspot.com
    • Alamat penuh: 33G, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

  • Disclaimer: Beberapa kafe dalam senarai di atas mungkin ada menawarkan minuman alkohol. Namun, kafe yang disenaraikan telah menjamin sumber daging yang disediakan kepada para pelanggan diperoleh daripada pengedar yang Halal.

0 Response to "13 Kafe Terbaik Di KL Dengan Makanan Halal "

Post a Comment