Siti Najwa Atikah Pelajar UNIMAS Hilang Ditemui Mati

Siti Najwa Atikah Binti Azhar pelajar UNIMAS hilang ditemui mati. Siti Najwa dilaporkan hilang sejak 4 hari lalu bermula pada 11 Januari 2014. Berita mengenai kehilangan Siti Najwa mula disebarkan dilaman sosial pada ahad 12 Januari 2014. Namun pada 14 Januari 2014, mayat mangsa yang juga pelajar tahun pertama Universiti malaysia Sarawak (UNIMAS) ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang. Mayat mangsa dipercayai ditemui oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas berita kehilangannya dihebahkan.


 Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu. Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.
Biodata Pelajar UNIMAS Hilang Ditemui Mati
  • Nama Penuh: Siti Najwa Atikah Binti Azhar

  • Kad Pengenalan: 940102075514

  • Umur: 19 Tahun

  • Asal: Pulau Pinang

  • Bidang Pengajian: Fakulti Sains Sosial, UNIMAS Sarawak ( Tahun Pertama)




0 Response to "Siti Najwa Atikah Pelajar UNIMAS Hilang Ditemui Mati "

Post a Comment