Seisi sekolah tinggi di Savage, Minnesota, Amerika Syarikat gempar apabila sepucuk surat meminta pelajar perempuan menghadiri ‘pemeriksaan vagina’ diterima lebih 50 keluarga pelajar.
Surat yang mempunyai kepala surat Sekolah Tinggi Prior Lake itu meminta pelajar perempuan menghadiri pemeriksaan tersebut pada 23 Mei dan 25 Mei depan di gim sekolah.
Pelajar turut diingatkan supaya menanggalkan subang di bahagian kemaluan jika ada atau mereka akan dikira gagal serta merta dalam ujian tersebut.
Kononnya, pelajar yang tidak menghadiri pemeriksaan vagina atau gagal dalam ujian tidak akan dibenarkan menamatkan pengajian.
Dipercayai surat ini merupakan satu gurauan ‘kasar’ oleh pelajar senior di sekolah terbabit dan rata-rata pelajar menganggapnya sesuatu yang lucu.
Bagaimanapun sebagai mana video di bawah, para ibu bapa menganggapnya satu gurauan murah dan lucah. Justeru, pihak polis sedang menyiasat pihak yang bertanggung jawab melakukannya. - Mynewshub
0 Response to "Kecoh Bila Pelajar Wanita Diarah Jalani Pemeriksaan Vagina!"
Post a Comment