BEBERAPA ketika lalu, Yuna pernah ditegur para peminat berhubung dengan pemakaiannya yang dianggap terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
Nampaknya, teguran itu tidak ‘mematahkan semangat’ Yuna untuk terus memuatnaik gambar terbaru yang tidak jauh bezanya dengan gambar sebelum ini.
Gambar yang dikongsikan di akaun Facebooknya itu memperlihatkan penyanyi itu memakai gaun panjang hitam ketat yang melekap pada tubuhnya.
Ia sekaligus memuatkan ramai yang kurang senang dengan imejnya yang dilihat semakin berbeza dengan awal kemunculannya dulu yang lebih ‘longgar’ dan sopan.
Bagi kami, tidak semua teguran itu perlu dianggap sebagai percubaan untuk menjatuhkan air muka seseorang.
Kalau peminat menegur cara baik, apa salahnya Yuna mengambilnya sebagai sesuatu yang positif.
Jika tidak mahu ditegur secara terbuka, apa kata Yuna sertakan alamat email untuk berhubung dengan para peminat secara peribadi, tak gitu?
0 Response to "Yuna Ditegur Lagi Kerana Gaun Hitam Ketat"
Post a Comment