Satu ketika dahulu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dilihat sebagai bintang yang menyinar dalam partinya ketika menjadi juara isu NFC.
Itu pun hanyalah nasib baik kerana isu itu didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara, bukan sebab apa pun.
Selepas itu, tidak pernah nampak apa yang sebenarnya bijak mengenai Rafizi. Jawatan bukan main gagah bunyinya tetapi tidak menzahirkan siapa Rafizi sebenarnya sebaliknya lebih mencerminkan kerja sebagai Pengarah Fitnah dan bukannya strategi.
Dan jangan lupa juga bagaimana Rafizi tunjuk pandai dengan lancar peraduan tulis email palsu… konon nak menyindir…
Hari ini, dengan penuh bangga Rafizi duk tweet mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak mungkir janji dan tidak hadir ke majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong.
Sedangkan Najib hadir dan disambut penuh mesra oleh Mat Said.
Sebagai pemimpin yang dipandang tinggi, jagalah sikit tata tertib dan tahap pemikiran tu.
Janganlah main sebarangan bila mahu mengutarakan sesuatu.
Tidakkah tweet Rafizi itu mencerminkan fitnah. Lebih pada itu mencerminkan rendahnya tahap berfikir dan moral dalam jiwa Rafizi apabila mengata sesuatu tanpa usul periksa.
Ini ke bakal pemimpin PKR suatu hari nanti? Yang tidak nampak kebijaksanaan dan perangai cam orang sewel yang penuh dendam di hati… mengenakan pemimpin lain tanpa sebarang asas.
Lain kali, kalau pun anda nak sangat menjatuhkan air muka orang… usul periksa la sikit…
Mohon maaf la kepada Najib, mungkin itu akan memulihkan sikit imej sasau dan sewel Rafizi.
0 Response to "Rafizi Ramli Zahirkan Kebodohan Sekali Lagi – Tuduh Najib Tak Hadir"
Post a Comment