Salih Yaakob Cuba Berpusing Kata-Kata Setelah Pendedahan Isterinya


Selepas berita mengenai penceraian mereka tersebar di dada akhbar dan juga media sosial, Salih Yaacob menyatakan dia memilih poligami bukanlah untuk mengambil kesempatan di atas wanita.

“Pandangan saya mengenai poligami bukanlah untuk mengambil kesempatan dan saya berkahwin kerana Allah. Perkara ini tidak bermakna saya mahu mencari calon seterusnya untuk menggantikan ‘tempat kosong’ selepas bercerai dengan Raha,” jelasnya.

Tambah Salih lagi, perkahwinan konsep poligami tidak semudah yang disangka kerana isteri-isteri mempunyai perangai yang berbeza-beza dan ia adalah tanggungjawab yang besar.

Namun, berikutan dari pendedahan dari pihak isterinya Salih seperti menyembunyikan punca sebenar perceraian beliau demi menjaga maruahnya sebagai seorang lelaki.

0 Response to "Salih Yaakob Cuba Berpusing Kata-Kata Setelah Pendedahan Isterinya"

Post a Comment