Masalah Kewangan Punca Sebenar Penceraian Salih Yaakob


Bekas isteri kedua Salih YaakobRaha Hamad me­ngakui hidupnya kini lebih bahagia setelah diceraikan pelawak tersebut September tahun lalu namun dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa punca sebenar penceraian bukanlah bermula dari reunion seperti didakwa bekas suaminya itu.

“Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain”

“Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri,” katanya.
Malah, Raha turut menjelaskan dia dan suaminya kini tidak pernah bersekolah bersama selain menyatakan bahawa masalah kewangan juga adalah salah satu punca keruntuhan rumah tangga yang dibina kira-kira 23 tahun lalu.
“Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.
“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” katanya.

0 Response to "Masalah Kewangan Punca Sebenar Penceraian Salih Yaakob"

Post a Comment