Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba me-ro-gol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah, Alor Setar semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu hadapan dan merentap pakaian serta cuba m-e-ro-gol mangsa.
Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang rumah.
Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.
Kerika pergelutan suami mangsa menetak lelaki itu pada bahagian kaki kanan dengan menggunakan parang yang digunakan untuk mengupas kelapa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan sebagai cubaan merogol dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.
Wanita berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini berkata lelaki Bangladesh itu yang bekerja sebagai buruh binaan menyewa rumah berdekatan dengan rumah mereka sejak dua tahun lalu.
Katanya, ketika kejadian lelaki itu dikatakan berkeliaran di luar rumah dan keluar masuk rumah sewanya (lelaki itu) sebelum bertindak demikian.
Lelaki tersebut bertindak sedemikian selepas tiada orang di sekeliling rumah.
Suspek yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
0 Response to "Lelaki Bangladesh Ditetak"
Post a Comment