KECOH!!..Isteri Pelakon Azad Jasmin, Eira Syazira Serang Dan Tampar Kru Produksi


Menerusi sebuah akhbar tempatan, seorang kru produksi mendakwa bahawa dia telah ditampar oleh pelakon itu sewaktu penggambaran telefilem Pulanglah Abah, baru-baru ini.

Ia dikatakan berpunca apabila kru tersebut meminta Eira menguatkan suaranya ketika penggambaran kerana tahap audio terlalu rendah di sebuah restoran di Ampang.

Berang dengan teguran itu, pelakon itu kemudiannya menyerang dan menampar muka kru produksi itu.

Eira menyifatkan perkara itu sebagai mengarut dan menganggap ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkannya.

“Sebenarnya, sewaktu kejadian, saya sudah buat laporan polis. Tapi kini saya buat susulan lanjut untuk laporan tersebut. Sepatutnya, perkara ini boleh diselesaikan, tapi kenapa dia menggunakan media?

“Perkara ini tidak baik untuk saya dan seakan cuba menjatuhkan saya. Jadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang.

“Saya tidak terkilan, tapi saya rasakan perkara ini kelakar. Pihak sana mendakwa saya menampar dan memukul dirinya, sedangkan dia lelaki, saya perempuan. Perkara ini mengarut. Kini, saya harap pihak di sana bersabar dan biar polis yang selesaikan,” ujar isteri kepada pelakon Azad Jasmin itu.

0 Response to "KECOH!!..Isteri Pelakon Azad Jasmin, Eira Syazira Serang Dan Tampar Kru Produksi"

Post a Comment