Polis Sahkan Kematian Penuntut Unimas Tiada Unsur Jenayah

KOTA SAMARAHAN — Polis mengesahkan kematian penuntut
Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang ditemui terapung dalam sungai dalam
kawasan kampus itu terapung tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai
mati mengejut.
Mayat Siti Najwa Atiqah Azhar, 19, ditemui kira-kira 6 petang semalam
selepas dilaporkan hilang sejak 4 Jan lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata perkara
tersebut disahkan hasil bedah siasat oleh doktor Hospital Umum Sarawak (HUS) di
sini.
“Laporan doktor menyatakan mayat pelajar berkenaan berada dalam keadaan
reput dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu. 
    
“Mayat juga didapati sempurna, kecuali mempunyai luka-luka kecil dipercayai
akibat digigit ikan,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya jenazah pelajar itu sudah dituntut anggota keluarganya dan
difahamkan  pihak Unimas membantu mengendalikan urusan menghantar jenazah pulang
ke Pulau Pinang petang tadi.

0 Response to "Polis Sahkan Kematian Penuntut Unimas Tiada Unsur Jenayah"

Post a Comment