Seramnya Menonton Video Ni – Kanak-Kanak Nyaris Maut Berjalan Di Bucu Bangunan


INDIA – Seorang kanak-kanak nyaris maut selepas dia dirakam merangkak dan berjalan di tepi tingkap sebuah bangunan apartment.
Imej mengejutkan itu menunjukkan kanak-kanak tersebut hanya beberapa inci daripada terjatuh pada ketinggian 50 kaki.
Dia dilihat berjalan di situ selama tiga minit tanpa sebarang perlindungan.
Hanya selepas itu baru dia dilihat telah dipegang oleh seseorang dari dalam rumah tersebut.
Rakaman berkenaan dipercayai asli dan telah ditonton lebih 120,000 kali selepas dimuat naik ke internet semalam.
Persoalannya ialah di mana ibu dan bapa kanak-kanak tersebut dan siapa yang sedang menjaganya ketika itu?

0 Response to "Seramnya Menonton Video Ni – Kanak-Kanak Nyaris Maut Berjalan Di Bucu Bangunan"

Post a Comment