Gadis Anggap Kes Kanak-Kanak Mati Di Paka LUCU, Tak Ada Hati Perut Ke???


TIDAK dapat difahami kenapa media sosial sekarang ini semakin dipenuhi dengan gadis-gadis berwajah cantik tetapi bermulut jahat.
Biarpun gambar profil mereka menunjukkan wajah manis mereka bertudung namun apabila menulis status Facebook atau Twitter, kata-kata dan bahasa mereka begitu kesat tidak selari dengan penampilan serta wajah ayu mereka.
Semalam, Mynewshub.my menulis berkenaan tindakan seorang gadis yang mengutuk rakan sebiliknya dari Negeri Sembilan dengan kata-kata orang Negeri Sembilan pemalas, diserang hebat di Facebook gara-gara perkataannya.
Hari ini pulak, seorang gadis pulak di Twitter tergamak menggunakan perkataan seperti ketawa iaitu ‘hahahahahaha…’ dalam tweetnya berkenaan kes kematian kanak-kanak berumur 2 tahun di Paka, Terengganu kelmarin.
“Rogol budak umur 2 tahun sampai usus terkeluar, Wow.. rakusnya.. hahahaha..,” menurut gadis berkenaan dalam tweetnya.
Seperti biasa, tweet itu mengundang cemuhan ke atas gadis itu yang disifatkan sebagai menjadikan kes yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia sebagai satu bahan jenaka.
Seorang pengguna Twitter lain yang berinteraksi dengan gadis berkenaan tidak memahami mengapa gadis itu perlu menggunakan perkataan ‘hahahahaha..’ ketika memperkatakan tentang kes menyayat hati itu.
Penulis rasa tidak perlu agaknya menggunakan perkataan ‘hahahaha..’ dalam tweet berkenaan kerana ia akan membuatkan ahli keluarga dan orang ramai berasa seperti kes yang mengorbankan adik Nursyafiqah Abdullah itu seperti dibuat main-main dan tidak diberi perhatian serius.
Memang wajar pun gadis itu dikecam di Twitter ekoran tindakannya yang tweet ikut sedap tangan menaip sahaja, bukan ikut minda berfikir.

0 Response to "Gadis Anggap Kes Kanak-Kanak Mati Di Paka LUCU, Tak Ada Hati Perut Ke???"

Post a Comment