Wednesday, 18 May 2016
Berita
Pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah hilang dari radar.
Cairo, 19 Mei - Sebuah pesawat EgyptAir dengan penarbangan MS804 dilaporkan telah hilang dari radar.
Syarikat penerbangan itu berkata pesawat tersebut dijadualkan terbang dari Perancis ke Cairo.
CNBC melaporkan, EgyptAir menerusi posting Facebook berkata, pesawat itu terbang dari lapangan terbang Paris' Charles de Gaulle pada 11.09 p.m (waktu Perancis) dan hilang dari radar pada awal pagi hari ini(waktu Perancis).
Posting itu juga memberitahu pesawat tersebut membawa 59 penumpang dan 10 krew.
EgyptAir dalam kenyataan terbaru Facebook melaporkan, pesawat itu terbang pada ketinggian 37,000 kaki dan sudah memasuki ruang udara Mesir sejauh 16 km ketika ia hilang. NBC juga melaporkan, pihak berkuasa Mesir telah sedang melancarkan operasi pencarian di laut Mediterranean.
Perkara ini disahkan oleh Kementerian Udara Mesir, lapor The Guardian
[KEMASKINI] - Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
12.27 tengahhari - Ahmed Abdel, Naib pengerusi syarikat induk EgyptAir, telah berkata kepada CNN bahawa tiada panggilan kecemasan dibuat.
12.00 tengahhari - Sehingga kini, pesawat tersebut sudah hilang selama tiga jam.
0 Response to "Pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah hilang dari radar."
Post a Comment