Pemilik baharu FC Bari 1908, Datuk Dr Noordin Ahmad mendedahkan pembelian kelab Serie B Itali itu dilakukannya bagi membantu pembangunan bola sepak negara ini.
"Sebab sebenar saya membeli kelab ini ialah untuk bola sepak Malaysia," kata Noordin ketika ditemui di Balai Berita di sini.
"Kalau kita dapat hantar pemain-pemain muda kita ke sana dan selepas beberapa tahun apabila kembali ke sini dapat menaikkan mutu bola sepak kita.
"Rancangan saya ialah membawa tiga pemain muda terbaik negara ke sana setiap tahun untuk diberi pendedahan dan mengembangkan lagi bakat mereka.
Patutlah Dr. Noordin Ahmad beli FC Bari.. ini sebabnya. Selepas beberapa tahun diharap kelompok ini dapat kembali membawa Malaysia ke Piala Dunia." Idea untuk memiliki kelab berkenaan timbul secara spontan selepas Noordin mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia ketika bercuti di Itali bersama keluarga.
"Semuanya bermula ketika saya pergi dengan anak-anak untuk bercuti seminggu di Itali pada Disember tahun lalu," kata Dr. Noordin Ahmad, 59, yang memiliki 50 peratus saham kelab Itali itu.
"Ketika di sana mengikuti perkembangan bola sepak negara, macam-macam teori dikeluarkan sehingga mahu berdebat antara satu sama lain.
"Bagi saya ia perkembangan baik. Semua orang sayangkan bola sepak kita, sebab itu keluar macam-macam teori.
Jadi saya terfikir, bola sepak kita tidak begitu menonjol kerana anak-anak kita tidak rasa ada masa depan dalam bola sepak.
"Bila tidak ada masa depan buat apa mereka mahu main bola sepak. Ini teori saya. Jadi jika kita dapat janjikan mereka masa depan, tentu mereka lebih bersemangat,"
Patutlah Dr. Noordin Ahmad beli FC Bari.. ini sebabnya
Selepas berbincang dengan beberapa kelab di sana termasuk Lazio yang berada dalam saingan Serie A, Noordin akhirnya memutuskan untuk bermula dari bawah dengan memiliki kelab dalam saingan lebih rendah, FC Bari 1908.
"Sasaran saya untuk membawa Bari menjuarai Serie A dalam tempoh lima tahun lagi. Jika kita komited dan percaya diri, serta berusaha keras, kita mampu lakukan," katanya.
Info: Bari FC
Nama penuh: Kelab Bolasepak Bari 1908 S.P.A
Nama gelaran: i Galletti (Ayam Jantan), i Biancorossi (Si Putih Merah)
Tahun ditubuhkan: 1908
Stadium: Stadio San Nicola
Ketua jurulatih: Andrea Camplone
Liga: Serie B
Penaja jersi: Nike
Pencapaian: Juara Serie B empat kali (1934-35, 1941-42, 1945-46, 2008-09) Juara Piala Mitropa (Piala Pertengahan Eropah) (1990)
0 Response to "Ini sebab Dr. Noordin Ahmad beli FC Bari"
Post a Comment