Abang Long Paling Gengster di Singapura Serah Diri Pada Allah

Pada usia 12 tahun, sikap ganas dan sadistik jelas terbukti apabila Abang Long Fadil menggunakan sebatang kayu untuk membelasah seorang lelaki dewasa hingga cedera parah.

Pada usia 22 tahun pula, dia berdepan maut apabila dibelasah dengan kayu dan senjata tajam oleh sekumpulan lapan lelaki yang menyerangnya.
Abang Long Fadil yang dibesarkan dalam keluarga dan persekitaran yang ganas, berpegang pada prinsip keluarga harus dilindungi dengan perlakuan jenayah.
Menjadi gengster bukan satu kesilapan, tetapi satu-satunya pilihan kerana dia diasuh oleh bapa-bapa saudaranya untuk percaya hanya jenayah satu-satunya cara untuk hidup.
Kekerasan dan jenayah adalah tradisi hidup anak lelaki dalam sejarah keluarganya.
“Saya tak peduli apa nasihat emak. Malah saya tak pedulikan Allah,” katanya.
Abang Long Fadil masuk penjara pada usia 12 tahun atas tuduhan jenayah serangan bersenjata. Malah pada usia itu juga dia mula mencacah tatu.
Pada awal usia remaja, dia sudah menyertai rangkaian gengster Cina Singapura yang mewah dengan wang, seks, arak dan dadah.
“Selain maksiat dan dadah, saya makan babi,” katanya.

TATU pada wajahnya sudah cukup untuk menceritakan siapa lelaki ini. Tak hairanlah dia digelar Abang Long Fadil dan dikenali sebagai paling gengster antara gengster dalam dunia jenayah terancang di Singapura.


Abang Long Paling Gengster di Singapura Serah Diri Pada Allah
Cuma Allah Maha Berkuasa. Walaupun keluar masuk penjara serta pernah berdepan maut apabila cedera parah dibelasah, akhirnya lelaki paling gengster ini kalah pada gangguan mimpi.
“Saya mimpi dilanda ombak besar, dan hanyut lalu terdampar bersendirian. Saya yakin mimpi itu petanda kiamat. Sebulan saya tak keluar rumah kerana takut datangnya kiamat,” kata Abang Long Fadil.
Abang Long Paling Gengster di Singapura Serah Diri Pada Allah
Semua pengakuan ini didedahkan secara eksklusif kepada Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Izelan Basar pada sesi temuramah khas program #PenghijrahanFenomena TV Al Hijrah di Singapura.
Rakaman 2 episod perkongsian kisah hijrah lelaki paling gangter ini akan disiarkan pada Khamis, 10 malam, maka jangan lupa saksikan kisah menarik ini di TV Al Hijrah.
Selain lelaki paling gangster dan menjadi Abang Long Fadil Singapura, #PenghijrahanFenomena turut menjejak dua lelaki paling gengster Thailand yang kini, menyerah diri pada Allah.
Siapakah dua lelaki paling gengster di Thailand yang tersohor namanya dari Chieng Mai hingga ke Danok?
Nantikan kisah seterusnya!
#segalanyabermuladisini – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Abang Long Paling Gengster di Singapura Serah Diri Pada Allah"

Post a Comment