KULIM : Seorang wanita sanggup mengakui lelaki yang dibawa balik ke rumahnya adalah suaminya bagi mengelak ditahan pihak berkuasa agama dalam sebuan ke kediamannnya di Lunas dekat sini, kelmarin.
Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, beberapa penduduk pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 10.30 malam apabila mengesyaki wanita itu membawa balik teman lelaki.
Wanita itu memaklumkan lelaki terbabit adalah suaminya menyebabkan penduduk berasa curiga kerana difahamkan suami wanita tersebut berkenaan sedang menghadiri kursus di luar kawasan untuk tempoh beberapa minggu.
Penduduk kemudian memanggil seorang lelaki lain dipercayai mengenali suami wanita itu, sebelum wanita berkenaan menukar pengakuan bahawa lelaki yaang beraada di ruang tamu rumahnya adalah adik tiri suaminya.
Seorang daripada penduduk kemudia menghubungi suami wanita itu, dan memberi nama lelaki terbabit untuk pengesahan, namun dia tidak mengenalinya sebelum meminta tindakan diambil terhadap isterinya, katanya.sumber
Wednesday, 17 February 2016
semasa
0 Response to "KISAH BENAR! Suami Keluar Cari Rezeki,Isteri Bawa Balik Kekasih Kerumah"
Post a Comment