Ibu Bapa Lega,Tiada Vida,Tiadalah Kaler Pink Di Sekolah

Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kamil 1 di Pasir Puteh menjelaskan usahawan kosmetik Datuk Hasmiza Othman (foto) tidak jadi merasmikan mesyuarat PIBG seperti dirancang. 
KUALA LUMPUR, 16 Feb ― Ibu bapa yang akan menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Kamil 1 di Pasir Puteh, Kelantan pagi esok mampu menarik nafas lega.


Mereka tidak perlu berpakaian warna merah jambu seperti arahan guru besar sekolah dalam pekeliling 11 Februari bagi menyambut Datuk Hasmiza Othman, usahawan kosmetik terkenal.
Pentadbiran sekolah itu berkata pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, dikenali juga Datuk Seri Vida, tidak jadi merasmikan mesyuarat PIBG seperti dirancang.
Sebaliknya beliau digantikan dengan pegawai pendidikan daerah, kata satu sumber yang dekat dengan pentadbiran sekolah.
“Mesyuarat PIBG masih diadakan tetapi perasmi kami pegawai pendidikan daerah. Datuk Vida sudah tidak jadi.
“Kami sudah keluarkan surat kedua pembetulan kepada ibu bapa. Mesyuarat masih esok tetapi perasminya orang lain,” kata sumber itu, yang enggan dinamakan, kepada ProjekMMO hari ini.
Lepas TRW...Sk Kamil 1 pulok tukar kaler pink....oh, skolohku!#skkamil1
Posted by Nik Nor Suhaida Ali on Monday, February 15, 2016
Pekeliling sekolah pada mulanya meminta ibu bapa hadir ke sekolah berpakaian merah jambu dengan membawa bersama jiran dan rakan.
Surat yang ditandatangani Che Samsudin Che Amat turut menyatakan satu promosi Pamoga Qu Puteh akan diadakan pada hari itu.
Ketika ditanya mengapa Hasmiza tiba-tiba ditukar, sumber berkenaan berkata: “Ada masalah sedikit. Cuma saya tidak boleh komen lebih.”
Mesyuarat PIBG SK Kamil (1), jemput Dato Seri Vida rabu ni.....semua dijemput hadir....
Posted by Mohd Zaidi Mohamed Nawi on Sunday, February 14, 2016
Hasmiza hari ini menafikan menjadikan sekolah sebagai medan untuk mempromosikan produk-produk syarikatnya.
“Sekolah bukan medan untuk saya promosikan produk yang saya jual. Saya sudah ada 500 outlet yang memasarkan produk saya.
“Saya juga gunakan iklan di televisyen untuk mempromosikan produk tersebut,” katanya kepada mStar Online.
“Saya pun pernah bergelar guru suatu ketika dahulu, jadi saya tahu ada peraturan yang perlu saya patuhi apabila melibatkan sebarang aktiviti di sekolah.”
Hasmiza, sebelum ini mencetuskan kejutan apabila mahu menukar warna stadium Kota Baru dan jersi pasukan Kelantan kepada merah jambu, pernah mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Poi Lam, Ipoh. 

0 Response to "Ibu Bapa Lega,Tiada Vida,Tiadalah Kaler Pink Di Sekolah"

Post a Comment