Cikgu Diserang Ibu Gara-gara Prestasi Anak Teruk


TERNYATA proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada zaman sekarang jauh berbeza dengan dahulu.

Jika dahulu para guru sangat dihormati dan disegani oleh pelajar-pelajar dan ibu bapa, namun lain pula situasinya zaman ini.

Senario pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa suatu ketika dahulu.

Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin diri, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.



Namun, tiada pula kes ibu bapa datang ke sekolah dan memarahi guru yang menghukum anak mereka. Malah pelajar tersebut akan dimarahi oleh orang tua mereka kembali.

Kepercayaan yang diberi kepada para guru sangat menebal.

Tapi, lain pula situasi zaman sekarang, guru akan dipersalahkan atas kesalahan yag dilakukan oleh para pelajar. Guru tidak berhak untuk menghukum pelajarnya.

Jika dia melakukan sebaliknya, terpaksalah guru tersebut berdepan dengan ibu bapa pelajar itu.

Media sosial dijadikan sebagai medium untuk ibu bapa zaman sekarang berdepan dengan guru. Seorang guru diserang melalui laman aplikasi WhatsApp kerana prestasi anaknya teruk.

Tidak berpuas hati dengan prestasi anaknya di dalam pelajaran, ibu ini mengambil pendekatan untuk bertanya sendiri kepada guru kelas.



Namun pertanyaan yang diutarakan kepada guru terbabit seolah-olah meletakkan semua kesalahan di bahu guru tersebut.

Pertanyaan yang dianggap biadap dan melulu itu mengundang rasa tidak puas hati dan reaksi pelbagai netizen.

Cikgu berkenaan menjelaskan mengapa prestasi anak wanita tersebut merudum.




Rata-rata netizan turut meluahkan rasa tidak senang hati dan kurang bersetuju dengan tindakan ibu bapa pelajar terbabit yang menyerang guru tersebut tanpa usul periksa akibat terlalu percayakan anak mereka. – MYNEWSHUB

0 Response to "Cikgu Diserang Ibu Gara-gara Prestasi Anak Teruk"

Post a Comment