MOHD Ali (dua dari kanan) pada sidang media hari ini bersama beberapa wakil NGO yang lain. Hadir sama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (tengah). FOTO Rizanizam Abdul Hamid
Presiden Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT), Mohd Ali Ibrahim antaranya ialah mewajibkan kepada semua syarikat telekomunikasi supaya menggunakan kaedah biometrik atau cap jari kepada pengguna ketika pendaftaran nombor telefon berkenaan.
“Cara ini mungkin nampak susah, tetapi kesannya besar kerana dapat mengelakkan nombor berkenaan digunakan untuk pelbagai aktiviti yang menyalahi undang-undang terutama promosi perjudiaan.
“PERBIT terima beberapa aduan ada individu yang terkejut apabila MyKadnya didaftarkan untuk kegiatan mempromosi aktiviti judi dan kita rasa hal ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya kaedah pendaftaran biometrik diwajibkan terhadap semua syarikat telekomunikasi,” katanya pada sidang di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
0 Response to "Cadangan beli nombor telefon kena guna cap jari"
Post a Comment