ADFLIN SYAUKI SOUND STESEN TV TERKEMUKA GARA - GARA SIAR AKSI "COMEL" MB BARU KEDAH. BIKIN HAL BETUL LAH KALI NI


Aksi Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah hari ini turut menarik perhatian selebriti Afdlin Shauki.


Menulis di Facebooknya pengarah, penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan itu menegur RTM kerana dilihat gagal memberi laporan yang baik kepada Ahmad Bashah.

"Korang ni buat hal-lah RTM, tolonglah cover sikit brader kita tu..." katanya.
Bersama status dimuat naik kira-kira jam 12 tengah hari itu adalah lampiran gambar Ahmad Bashah yang kelihatan terpejam.
Insiden sebegitu menjadi perbualan orang ramai sejak semalam apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyentuh mengenainya.


Bagaimanapun Ahmad Bashah menafikan beliau tertidur ketika menghadiri satu acara di istana.
Beliau secara rasmi menjadi menteri besar hari ini selepas mengangkat sumpah jawatan di depan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Aksi spontan ADUN Bakar Bata itu dirakam jurukamera TV1 dalam siaran di majlis di Istana Anak Bukit, Alor Setar pagi tadi.
The Star melaporkan mata Ahmad Bashah tertutup beberapa detik tetapi mungkin bukan tertidur kerana kedudukan kepalanya masih tetap tegak.


Kata Afdlin, seseorang petugas media perlu "pergi sekolah" atau pun sekurang-kurangnya mempunyai "pengalaman" untuk membuat liputan majlis sepenting itu.
"Hayatilah pesanan ku ini," tulisnya.






Afdlin Shauki


Korang ni buat hal-lah RTM, tolonglah cover sikit brader kita tu... Itulah sebab org kerja media kena pergi sekolah atau ada pengalaman utk cover event live yg penting macam ni. Hayatilah pesanan ku ini. 

Malaysiakini

0 Response to "ADFLIN SYAUKI SOUND STESEN TV TERKEMUKA GARA - GARA SIAR AKSI "COMEL" MB BARU KEDAH. BIKIN HAL BETUL LAH KALI NI"

Post a Comment