Najib Makan Daging 19K - Ia Adalah Fitnah Kata Pemilik Me'nate Steak Hub

Najib Makan Daging 19K - Ia Adalah Fitnah Kata Pemilik Me'nate Steak Hub

Sejak semalam tersebarnya satu gambar menerusi aplikasi wassap dan membawa kepada facebook bahawa Najib makan daging mahal yang mencecah sehingga 19k bayarannya.

Gambar berkenaan viral kerana gamaknya rakyat mempercayai Najib memang mempunyai perwatakan sebegitu. Penyebaran gambar berkenaan turut dikaitkan dengan pemilik restoran Me'nate Steak Hub yang kononnya kediaman Perdana Menteri memesan hidangan berkenaan dari restoran terkemuka tersebut.

Walaubagaimanapun, ia dinafikan oleh pemilik restoran berkenaan ;




 
JATUHKAN MUSUH YANG MENINDAS RAKYAT DENGAN FITNAH : NAJIB MAKAN DAGING TERMAHAL DI DUNIA? 
  


1. Salam. Kepada mana-mana pihak menyebarkan gambar "Najib makan Daging Wugyu", saya mohon tuan- tuan"Delete" Gambar tersebut. Untuk pengetahuan semua, Gambar ini adalah FITNAH semata-mata. Saya bukanlah membela Najib, namun saya membela Pemilik Restoran Me'nate Steack Hub. Beliau sendiri mengesahkan ianyaFitnah. 
  
 

2. Ya, Najib mungkin makan Daging Termahal di dunia di saat Rakyat kering kantung ekonominya, namun ianya bukan ada apa-apa kaitan dengan Me'nate Steack Hub. Mohon kita hormati Hak Tuan Mustaffa Othman sebagai Pemilik Restoran. 
  

 

3. Kita sama sekali tidak mahu menjatuhkan mana-mana pihak dgn Fitnah. Kita membenci Fitnah. Jadi kita tidak perlu lakukan perkara yang kita benci. Kita hormati Hak Manusia yg lain. Wassalam.
  

 


Ini update pada 12 jam yang lepas. Yang baru sampai ke aku dalam sejam lebih kurang. Huhu. Maknanya sebelum sampai berita penafian, aku terima berita pemborosan. Berita penafian tak tersebar meluas berbanding berita pemborosan. Buktinya, hanya 2 orang aje yang berkongsikan posting dari HDZ Ahmad berbanding berita pemborosan ketika artikel ini ditulis.

Apa sudah jadi?

Aku tak percaya rakyat Malaysia suka kepada fitnah.
Aku tak percaya rakyat Malaysia gemar sebarkan fitnah.
Aku juga tak percaya bahawa rakyat Malaysia lebih mahu membaca berita fitnah berbanding berita benar.

Oleh kerana fitnah, maka kena tarik balik la segala kata-kata kemarahan terhadap Najib tadi. Maaf Najib, terpercaya plak dengan sebaran gambar tersebut, walaupun aku meluat dengan ko tapi aku taknak pula terlibat untuk menfitnah kau. Cuma, aku tertanya-tanya sikit.

1. Gambar tersebut fake ke atau berita tersebut yang fake?

2. Menurut pemerhatian aku, aku rasa gambar berkenaan mungkin betul. 

3. Macam depa saja-saja buat kertas dengan cetakan tersebut, resit tu, then tangkap gambar dan sebar, yeke? Ataupun memang order berkenaan ada, tetapi ia bukan la dari Me'nate atau bukan harga tersebut atau boleh jadi ia harga beberapa hidangan kot? Atau silap-silap itu arahan untuk tukang masak kat kediaman rasmi piem agar masak hidangan yang dinyatakan? Untuk kepastian, sesiapa yang kerja kat rumah rasmi piem boleh sahkan pada 21 Jan ada atau tiada order berkenaan.. hihi.

4. Aku harap polis boleh siasat siapa punya kerja sebar benda palsu. Aiyooo. Ini permainan minda dan propaganda neh aku rasa.

5. Kena faham juga propaganda online neh. 

6. Antara propaganda punya taktik, sampai fitnah diri sendiri pun boleh last-last dapat raih simpati woi.

7. Yang silapnya puak2 macam aku boleh p sebar dan percaya. Tapi kena faham juga. Aku taknak percaya pun payah. Sebab aku melihat Najib tu memang seorang pemboros pula. Nak buat macam mana. Kalau tak sungguh orang tak kata. Kalau tak boros orang pun tak percaya. Sorry ar Najib. Aku bercakap menerusi apa yang kau tunjukkan juga.. Haha.

Sumber: 
amenoworld

0 Response to "Najib Makan Daging 19K - Ia Adalah Fitnah Kata Pemilik Me'nate Steak Hub"

Post a Comment