Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid mendedahkan, beliau dan beberapa pemimpin UMNO Kedah lain tidak mengetahui tujuan sebenar sidang media UMNO negeri itu yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Katanya, mereka (kepimpinan UMNO Kedah dan bahagian) dimaklumkan telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.
“Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.
“Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat taklimat, sebaliknya, saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan,” katanya lapor Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian, mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan UMNO Kedah semalam.
Menurut Maznah, tidak semestinya kehadirannya pada sidang media tersebut menunjukan tanda sokongan terhadap kenyataan Ahmad Bashah sebaliknya, kemunculannya itu adalah sekadar ingin mengetahui perkara sebenar.
“Saya amat berharap kepada kepimpinan UMNO agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.
“Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kita sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera,” katanya.
“Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kita sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera,” katanya.
Semalam, UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Ketua Perhubungan UMNO Negeri.
Mereka turut merayu Najib selaku Presiden UMNO membuat perubahan kepada kepimpinan tertinggi parti itu di peringat negeri.
0 Response to "Ketua Wanita UMNO Kedah Dedah Perkara Sebenar Isu Tolak Mukhriz"
Post a Comment