Bekas Anggota Polis Dipukul Dan Dibogelkan Selepas Ditangkap Cuba Merompak



PASIR MAS: Tindakan seorang lelaki yang juga merupakan bekas anggota polis cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang telah menerima padah apabila dia telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.

Memetik laporan BH Online, penduduk kampung yang marah telah bertindak memukul suspek menyebabkannya patah tulang rusuk, cedera di muka dan turut dibogelkan.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.


Dokumen yang dijumpai bersama suspek

Suspek kemudiannya dicekup dan dipukul penduduk kampung  sebelum ditelanjangkan dan diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek sudah ditahan.

Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah. 

0 Response to "Bekas Anggota Polis Dipukul Dan Dibogelkan Selepas Ditangkap Cuba Merompak"

Post a Comment