Tajuk : Makcik Lapar Nakkk
Sudah lama Halim mengidamkan nasi ayam Kak Leha di hujung jalan.. mujurlah hari ini dia mendapat gaji bulanan dari majikannya.. Halim bersama isteri dan anak tunggalnya turut serta membeli nasi ayam Kak Leha.. niat di hati ingin makan di sana.. oleh kerana terlalu ramai orang di sana mereka mengambil keputusan untuk bungkus saja.. makan di rumah lebih selesa... Halim memesan makanan.. isteri dan anaknya hanya tunggu di dalam kereta yang di parkir di tepi jalan.. Setelah agak lama menunggu... akhirnya pesanan mereka siap juga... Halim mengambil bungkusan makanan dan terus ke kaunter untuk membayar...
Sedang membayar lengannya terasa di sentuh dari belakang.. di lihatnya seorang makcik tua... kusut masai.. compang camping pakaiannya... berdiri menadah tangan menghadap Halim... bau busuk menusuk hidung Halim... busuk teramat... Halim cuba menahan bau busuk yang datang dari orang tua tersebut... "nakkk...mak cik lapar nakkkkk....." hanya itu yang keluar dari mulut orang tua tersebut... terketar-ketar badannya... mungkin tiada kudrat untuk menghadapi hidup.. mungkin juga umur telah lanjut... Sayu Halim melihat orang tua itu... tanpa berfikir panjang Halim mengeluarkan sebungkus nasi kemudian diberinya... "terima kasih nakkk..." lemah suara orang tua itu... Orang masih ramai di kedai.. isteri dan anaknya sudah lama menunggu... dia terus saja ke kereta...
Halim mengeluarkan nasi dan memberi pada isteri dan anaknya... "eh.. mana nasi abang?" tanya isterinya kepelikan... "owhh.. tadi abang beri pada sorang makcik tu... kesian.. dia laparr..." Halim menerangkan kejadian sebentar tadi... Mereka makan bersama-sama.. berkongsi bahagian masing-masing...
3 Bulan Kemudian............... Hampir luruh hati Halim dan isterinya apabila doktor memberitahu yang anak tunggal mereka menghidap barah.. anaknya terbaring di katil... kejadian yang tidak di sangka.. sakit kepala yang berlarutan itu rupanya barah... Pada malam itu isteri Halim menemani anaknya.. dia tidur di atas bangku bersebelahan katil anaknya... dia hanya mampu berdoa pada Allah... tak henti-henti air mata yang mengalir... "astaghfirullahal'azim...." isteri Halim istihgfar berkali-kali... tersentak dari tidurnya... terbangun dari mimpi sebentar tadi... Dalam mimpinya... dia melihat ada seorang tua berpakaian compang camping menghampiri katil anaknya dan memberi anaknya minum segelas air... "bangunlah nakk.. anakmu sudah sembuh...." dia terus terbangun selepas mendengar kata-kata dari orang tua tersebut... Keesokan paginya dia terus menceritakan kepada suaminya tentang mimpi yang dialaminya... Halim benar-benar terkejut... dari apa yang diceritakan isterinya... Halim kenal.. siapa orang tua tersebut... itulah orang tua yang dijumpainya sewaktu di kedai makan beberapa bulan dulu... "sayang... ingat lagi tak yang abang cakap abang beri nasi pada sorang orang tua....?? apa yang sayang ceritakan... amat mirip dengan makcik tu..."
Halim seakan-akan tidak percaya... "miracle....." itulah yang terpacul dari mulut doktor... setelah melakukan pemeriksaan berkala... doktor mengesahkan barah yang dihadapi oleh anaknya hilang... anaknya sudah sembuh..... tak henti-henti Halim dan isterinya mengucapkan Hamdalah.... memuji Tuhan... Siapakah orang tua tersebut... ? Halim sering terfikir...apakah akan terjadi jika dia tidak memberi sedekah kepada orang tua tersebut??? Wallahu'alam.. hanya Allah yang mengetahui...
Pesanan : sesungguhnya sedekah itu menolak bala...insyaallah
0 Response to "Cerita Hantu : "Makcik Lapar Nakkk""
Post a Comment