Tak Pasal-Pasal Gambar Anak Harith Iskandar Dimuat Naik Dalam Laman Pornografi !


Pelakon pengacara dan pelawak Harith Iskander mendedahkan beliau akan membuat laporan polis berhubung penemuannya tentang gambar anaknya yang berusia tiga tahun telah dimuat naik oleh pihak bertanggungjawab di sebuah laman porn*-grafi berbahasa melayu.

Menurut Astro Awani, Harith mendapat tahu mengenai perkara itu melalui notifikasi Google Alert dan dia merasa jijik dengan perbuatan itu:


    Hati siapa yang tidak retak apabila melihat gambar anak sendiri disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.”

    Menerusi notifikasi emel tersebut, ada artikel bertajuk macam ‘Gambar terbaru anak Harith Iskander’.

    Saya tidak dapat lihat laman web berkenaan menerusi telefon pintar jadi saya menggunakan komputer riba untuk melihat laman web berkenaan.

    Ternyata ia merupakan laman luc#h oleh kerana ia mempunyai beberapa perkataan seperti ‘p*rn’ dan ‘s3ks’. Laman web itu juga dalam Bahasa Malaysia.

    Memang ada gambar saya mendukung anak lelaki saya. Di sebelah gambar bayi itu adalah gambar wanita bog3l.


Harith mendakwa tidak tahu apa niat mereka untuk membuatnya, sama ada mereka mahu menggunakan namanya untuk meningkatkan ‘pageviews’ atau ia mungkin ada unsur pedofilia. Tambahnya, isterinya juga jijik dan meluat dengan laman web berkenaan.

Mungkinkah selebriti perlu mengurangkan aktiviti memuat naik gambar anak ke laman sosial untuk mengelak ia disalahguna oleh pihak tertentu?

    Semua orang mahu memuat naik gambar keluarga mereka, dan mereka mahu kongsi kegembiraan keluarga mereka.

    Saya tidak rasa takut setakat ini kerana kalau laman web itu diturunkan, orang lain boleh membuat laman web yang lain. Ada sahaja orang yang sakit di luar sana.

Dalam era media sosial kini, bukan saja selebriti, malah orang awam juga gemar memuat naik gambar anak-anak ke Internet. Tiada cara spesifik untuk mengelakkan ia disalah gunakan oleh mereka yang berniat jahat. 

Diharap pihak berkuasa akan bertindak menyekat akses ke laman pornografi tersebut dengan segera

0 Response to "Tak Pasal-Pasal Gambar Anak Harith Iskandar Dimuat Naik Dalam Laman Pornografi !"

Post a Comment