10 Tabiat Pelik ‘Buang Tabiat’ Masyarakat Seluruh Dunia (Video)

SETIAP daripada kita pastinya mempunyai hobi dan kegemaran yang tersendiri untuk dilakukan sekiranya mempunyai masa senggang.
Berlainan pula dengan definisi tabiat yang membawa maksud perbuatan seseorang yang mesti dilakukan dalam setiap hari, kalau tak buat mesti dia rasa hari dia tak akan lengkap.
Kalau tabiat dia tu merupakan sesuatu yang normal takpelah juga, tapi jangan tak tahu ada juga orang yang buang tabiat dengan pelbagai obsesi keterlaluan terhadap sesuatu benda tu.
Macam wanita berusia 45 tahun yang berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat ini yang sudah hampir 30 tahun terjebak dengan aktiviti meminum dan menghirup darah manusia.
Dia mendapat bekalan darah daripada sesiapa yang sanggup menderma darah mereka untuk menjadi ‘minumannya’.
Wanita tersebut wajib minum dua liter darah pada setiap hari untuk menjadikan harinya dapat berjalan lancar seperti kebiasaannya.
Sementara itu, Gloria pula mempunyai kegilaannya yang sendiri iaitu gemar mandi berendam dengan cecair pemutih baju, Klorox.
Ketagihannya itu bermula ketika sedang mengandungkan anak ketiga dan dia langsung tidak pernah meninggalkan ketagihannya itu sehingga ke hari ini.
Lelaki dari Brazil, Luis Squarisi ini pula mempunyai ketagihan menghadiri majlis-majlis pengebumian selepas kematian bapanya beberapa tahun lalu.
Luis akan mendapatkan maklumat mengenai majlis pengebumian individu yang tidak dikenalinya menerusi laporan radio dan akhbar agar dia dapat bersama-sama merasai atmosfera kesedihan itu bersama-sama keluarga si mati.
Malah, dia sanggup berhenti kerja bagi menumpukan perhatian terhadap obsesi menghadiri majlis kesedihan terbabit.
Wanita yang bernama Carrie ini pula ketagih minum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu.
Ada juga yang ketagih menghidu bedak bayi, malah Jaye sering disalah anggap mengambil bahan terlarang gara-gara kesan berwarna putih yang melekat di hidungnya sebaik selepas dia menjalankan ritual hariannya itu.
Nak tahu apa lagi tabiat dorang ni yang buang tebiat?

0 Response to "10 Tabiat Pelik ‘Buang Tabiat’ Masyarakat Seluruh Dunia (Video)"

Post a Comment