Cerita Sebenar Gadis Cantik Pijak Anak Kucing Sampai Mati


Seorang gadis menimbulkan kemarahan pengguna media sosial apabila memuatnaik beberapa keping gambar kucing dibunuh dengan kejam dengan memijaknya menggunakan kasut tinggi.
Gadis menggunakan nama Amoyy Mongek itu mengatakan dia melakukan tindakan tersebut kerana kucing itu telah mencuri ikan di dapur rumahnya.

"Pagi pagi dah buat orang marah, curi ikan di dapurrr, ni makan dia mampos kau kucingg,, binatang bodoh" - Tulis Amoyy

Walaubagaimanapun, melalui hasil carian kami, perbuatan kejam memijak kucing itu bukanlah dilakukan oleh Amoyy Mongek. Namun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang wanita dari Negara China. Malahan, gambar itu telah lama dimuatnaik dan telah pernah menjadi viral pada tahun 2009.

Dipercayai juga profile Facebook Amoyy Mongek itu adalah rekaan sahaja dan gambar-gambar yang digunakan diambil daripada gambar pengguna facebook yang lain. Individu seperti ini tidak lain hanya mahu mencari perhatian dengan status berbentuk kontroversi.

Walaupun hanya rekaan, diharap pihak polis dan SKMM meneruskan tindakan mencari individu disebalik profile itu agar menjadi pengajaran kepada golongan gila populariti ini.

Update: Status dan gambar di Facebooknya telah dikeluarkan.

Pelaku sebenar perbuatan kejam ini adalah seorang wanita kejam di China. Saksikan gambar-gambar di bawah ini. Peringatan: Sesiapa yang lemah semangat, dinasihatkan jangan melihat gambar-gambar kekejaman ini..






0 Response to "Cerita Sebenar Gadis Cantik Pijak Anak Kucing Sampai Mati "

Post a Comment