GAMBAR Gadis Rela Bersuamikan Seekor Anjing Untuk Buang Sial


Seorang gadis berusia 18 tahun, Mangli Munda di New Delhi India telah berkahwin dengan seekor anjing bertujuan untuk “membuang sial”. Lebih menarik, perkahwinan tersebut telah dijalankan secara besar-besaran dan dengan begitu meriah sekali.

Orang kampung dan ibu bapa gadis berkenaan nekad mengadakan majlis tersebut secara tergesa-gesa kerana percaya dengan kata-kata Guru di sana bahawa Mangli telah “terkena” nasib malang dan jika dia berkahwin dengan mana-mana lelaki akan membawa kemusnahan kepada keluarga dan masyarakat.

Gadis tersebut yang tidak pernah bersekolah berkata, dia berasa sedih kerana perlu berkahwin dengan seekor anjing namun sanggup berbuat demikian untuk mengubah nasibnya. 

Mereka percaya bahawa, dengan mengahwinkan gadis tersebut dengan seekor anjing, nasib malang tersebut akan “diturunkan” kepada anjing tersebut. 

Selepas itu, dia boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki dan hidup bahagia .Mangli juga tidak perlu “bercerai” dengan “suaminya” sekarang untuk berbuat demikian. Perkahwinan tersebut juga dipersetujui oleh ayah pengantin perempuan itu.

Ini bukanlah perkahwinan seumpama ini dilakukan di kampung tersebut. Malah, kepercayaan ini juga diamalkan oleh kampung berdekatan. Masyarakat di situ juga meyakinkan Mangli bahawa, gadis -gadis yang telah berbuat demikian sebelum ini telah berjaya membuang nasib malang mereka.

Perkahwinan tersebut telah dijalankan dengan mengikut adat seperti biasa dan mereka juga menghormati anjing tersebut seperti menghormati seorang pengantin lelaki. 

Selepas “berkahwin”, Mangli perlu memelihara “suaminya” sebagai haiwan peliharaan. Gadis tersebut bagaimanapun berharap yang dia akan berkahwin dengan lelaki idamannya selepas ini.






0 Response to "GAMBAR Gadis Rela Bersuamikan Seekor Anjing Untuk Buang Sial"

Post a Comment