Sebelum PRU13 lalu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menyeru agar penerbitan ini diboikot kerana banyak laporan yang disiarkannya mengenai ucapan pemimpin PR telah diputar belit..
Walaupun pemimpin PR menggesa agar Utusan diboikot tapi aku peduli apa... aku baca juga dengan tidak membelinya.
Aku tertarik dengan cara Utusan melaporkan tentang Pemilihan PKR 2014 ini.. banyak yang tidak mahu disiarkan oleh media Pro PR disiarkan oleh Utusan.
Cara laporannya disiarkan juga kadang-kadang membayangkan ada pemimpin tertentu di dalam PKR yang seolah0olah disokong oleh pihak mereka dan mereka mahunya menang..
Pihak mereka sedaya upaya menyiarkan berita-berita yang positif sahaja mengenai calon itu dan laporan yang amat negatif mengenai calon yang menentang.
Contoh dalam hal ini ialah laporan mengenai Tan Sri Khalid kononnya telah dimaki oleh ahli PKR Cabang Kuala Selangor..
Ada sebab rupanya... pihak Utusan menyiarkan laporan negatif tentang TS Khalid ketika beliau sedang berada dalam kedudukan positif...
Baca laporan di bawah ni..
Pemilihan PKR: Jumlah undi Khalid atasi Azmin
Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 17 MEI: Pendahulu dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin menjarakkan jumlah kutipan undi yang dipungutnya setakat ini berbanding pesaing terdekat yang juga penyandang jawatan, Mohamed Azmin Ali.
Kiraan undi tidak rasmi semalam menyaksikan Abdul Khalid berjaya memperoleh 12,270 mendahului Azmin dengan kelebihan 92 undi. Mengikut kiraan tidak rasmi, Azmin mengutip 12,178 undian dan diikuti Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dengan 7,988 undi.
Jumlah undian tidak rasmi terkini itu diperoleh selepas dicampur jumlah undi di dua lagi cabang, Pandan dan Kelana Jaya yang selesai dijalankan, kelmarin.
Dua cabang terbabit, Kelana Jaya (Abdul Khalid, 337; Azmin, 260; Saifuddin, 190) dan Pandan (Abdul Khalid, 96; Azmin, 140; Saifuddin, 190 undian).
Keputusan di dua cabang itu juga membolehkan Abdul Khalid terus mendominasi sokongan pengundi akar umbi PKR di Selangor.
Sama seperti yang jangkaan Selangor Kini sebelum ini, di Selangor, Abdul Khalid hanya tewas di Cabang Pandan iaitu kubu kuat calon Naib Presiden, Rafizi Ramli yang juga rakan kempen dalam pasukan ‘Masa Depan Bersama’ yang turut dianggotai Saifuddin dan Nurul Izzah Anwar.
Bagaimanapun, Abdul Khalid dilihat masih belum berada dalam zon selesa apabila keputusan di lima cabang yang tidak dibatalkan di Selangor masih belum diperoleh, manakala 27 cabang lain termasuk 10 daripadanya di Selangor akan mengadakan pengundian semula.
Terdahulu, dalam minggu pertama dan kedua pemilihan menyaksikan Azmin berada dalam kedudukan selesa apabila mendahului pencabarnya dengan kelebihan lebih 3,000 undi.
Bagaimanapun, sebaik sahaja memasuki hari pertama minggu ketiga yang diadakan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Abdul Khalid mula mengorak langkah mendekatkan diri dan akhirnya memintas Azmin pada hari kedua, minggu ketiga di Selangor lapor Selangorku
0 Response to "Bila Utusan lapor Tan Sri Khalid dimaki ahli PKR..."
Post a Comment