Lagi Gerai Orang Melayu Pulau Pinang Jadi Mangsa


Rasa macam menyebut skrip yang sama berulang-ulang kali.
Setiap tahun, setiap bulan, ada sahaja deretan gerai orang Melayu yang dirobohkan di Pulau Pinang.
Yang terbaru petang tadi pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan gerai milik orang-orang Melayu di Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang.
Dua orang dikatakan telah ditahan dan disiasat mengikut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Ini kerana, dalam pergaduhan yang berlaku, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera di kepala dan leher.
Di sebalik semua itu, hakikatnya sudah 30 tahun hampir 50 peniaga mencari makan di sana.
Tiba-tiba hari ini ia dirobohkan.
Oklah kalau nak kata meraka meniaga salah tempat atau secara haram… mungkin itu dalam bidang kuasa MPPP.
NAMUN PERSOALANNYA… BILA ANDA PERNAH DENGAR PENIAGA HARAM CINA DI PULAU PINANG DIROBOHKAN GERAI MEREKA?
ADA TAK?
KALAU ADA PUN… SEKADAR DRAMA YANG TAK SAMPAI SEMINGGU DAH DAPAT TAPAK LAGI MENARIK DAN BARU.
Jangan gebanglah kalau nak kata takda gerai haram Cina kat Pulau Pinang.
Berlaku lah adil… namun inilah sikap bangsa Cina yang sayangnya Melayu dalam PKR dan PAS tak nampak atau buat-buat tak nampak… mereka bersatu dan bersama dalam semua hal…
Benda yang salah melibatkan kaum sendiri mereka akan tutup mata.
Dan mereka pandai berlakon seolah-olah mereka prihatin dan mahu bersama majukan negara ini… sedangkan hakikatnya matlamat mereka hanyalah untuk kaum mereka sahaja…
Tunggulah bila mereka berjaya memerintah melalui rejim boneka.

0 Response to "Lagi Gerai Orang Melayu Pulau Pinang Jadi Mangsa"

Post a Comment