HARUS TONTON… Turun Jeep, Terus Tendang Polis Bantuan

Sebelum apa-apa, tidak diketahui sebab sebenar yang menyebabkan pergaduhan di dalam video yang penulis kongsikan di bawah berlaku
Penulis melihat video berkenaan di laman Facebook Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia (MCAC) dengan tajuk ‘Anggota Polis Diserang?”
Daripada pemerhatian penulis, anggota berkenaan merupakan anggota Polis Bantuan bagi Felda berdasarkan logo yang yang tertera di bahu kiri anggota tersebut.
Butir perbualan tidak begitu jelas kerana kejadian berlaku di Sabah berdasarkan daripada loghat pekat yang digunakan individu di dalam video ini.
Bagaimanapun, daripada apa yang didengar, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu kemungkinan tidak berpuas hati kerana tindakan yang diambil oleh pihak polis bantuan kerana merobohan pondok yang terletak dalam kawasan Felda.
Tindakan pemandu berkenaan yang terus menyerang anggota polis berkenaan dengan menendang dan menumbuk itu tidak boleh diterima biarpun ada masalah di antara mereka.
Anggota polis yang ditendang cuba juga untuk membalas serangan lelaki itu bagaimanapun ditenteramkan oleh rakan-rakannya bagi mengelakkan pergaduhan menjadi lebih buruk.
Di bahagian akhir video berkenaan, kelihatan kedua-dua pihak bertelagah seperti akur mahu membuat laporan polis seterusnya menyelesaikan pertikaian itu di mahkamah.
Dialog biadab pemandu berkenaan “Memang aku kurang hajar,” selepas menendang dan menumbuk polis bantuan itu.
Walaupun bertindak menendang dan menumbuk, riak wajahnya ternampak juga bimbang jika anggota polis itu melawan dan menyerangnya semula.
Pada pukul berapa dan bila kejadian ini berlaku juga tidak dikethui – IBNU K/Mynewshub.my
HARUS TONTON… Turun Jeep, Terus Tendang Polis Bantuanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Recently-Updated100.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Recently-Updated100-150x150.jpgAuthor MNHmyVideoUtama,

0 Response to "HARUS TONTON… Turun Jeep, Terus Tendang Polis Bantuan"

Post a Comment