Bekas penjaga gol kebangsaan meninggal dunia

SEREMBAN - Bekas penjaga gol pasukan hoki kebangsaan dan Negeri Sembilan pada awal 80-an, Mohd Zahar Epi, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar awal pagi ini.

Mohd Zahar, 52, meninggalkan seorang isteri, Rohana Hashim, 54, dan tiga anak iaitu seorang lelaki serta dua perempuan berumur lingkungan 25 hingga 30 tahun.

Rohana berkata suaminya, yang berasal dari Tampin, meninggal dunia pada kira-kira 2 pagi akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan paru-paru.

"Suami saya dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar pada Sabtu lepas kerana mengalami sesak nafas. Sebelum ini, suami saya mengalami strok pada 2006," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata semasa hayatnya, Allahyarham pernah bertugas di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dan anak syarikat Lembaga Tabung Haji, TH Properties Sdn Bhd sebelum bersara atas sebab kesihatan pada 2006.

Jenayah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Taman Tuanku Jaafar sebelum disembahyang di Masjid Taman Tuanku Jaafar selepas solat Jumaat dan dikebumi di tanah perkuburan Islam Senawang.

0 Response to "Bekas penjaga gol kebangsaan meninggal dunia"

Post a Comment