Ally Iskandar Hentam Kerajaan Di Facebook?

Memang banyak page Facebook yang diwujudkan dengan memakai nama selebriti popular. Menerusi cara ini bilangan pengikut atau follower akan bertambah dengan cepat.
Bila pengikut dah ramai, maka apa pun yang dipos di Facebook akan dibaca oleh lebih ramai orang. Jadi masa inilah nak jual barang ke.. nak sebarkan apa-apa ke..
Antara selebriti yang digunakan namanya tanpa kebenaran adalah penerbit dan pengacara terkenal, Ally Iskandar. Populariti dimiliki Ally membuatkan page tersebut mempunyai hampir 470,000 pengikut.

Masalahnya, status-status yang dipos di page berkenaan tidak semestinya mewakili pendirian Ally Iskandar namun ia boleh membuatkan orang berfikir begitu.
Di page Ally Iskandar, kebanyakan status terang-terangan menghentam kerajaan termasuk menjadikan isu kangkung sebagai bahan lawak.
Hal ini membuatkan isteri Ally, Farah Lee bertindak membetulkan keadaan dengan menyatakan suaminya tidak ada kena mengena dengan page tersebut.
Apatah lagi, pos Farah turut dijadikan mainan bagi admin page ini untuk mengaitkannya dengan sindiran terhadap kerajaan.
Sememangnya, ini satu tindakan tidak bertanggung jawab dan boleh dianggap FITNAH memandangkan ia secara terang-terangan menggunakan nama orang lain bagi menyebarkan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan individu berkenaan.
Selain Ally Iskandar, tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz antara orang terkenal yang turut menjadi mangsa fitnah sebagai penghentam kerajaan apabila namanya dikaitkan dengan puisi menyindir Perdana Menteri berkaitan isu kangkung, sejak akhir-akhir ini.

0 Response to "Ally Iskandar Hentam Kerajaan Di Facebook?"

Post a Comment