GEMPAR!!..JANGAN TERBELI AYAM TEBUK DI LEHER


Walaupun Malaysia adalah negara Islam, namun tidak terlepas dengan penjualan-penjualan produk makanan yang tidak halal.

Sebelum ini memang sudah kecoh dengan isu Cadbury dan Mee Hun Cap Masjid yang mana mendapat perhatian orang ramai. Namun sebenarnya banyak lagi produk yang tidak halal terjual kepada orang Islam kita di Malaysia yang tidak menjadi isu besar. Mungkin kerana tidak dilaporkan ataupun tidak diketengahkan oleh akhbar-akhbar atau media-media lain di Malaysia.

Bagaimanapun soal halal haram ini tidak boleh dipandang remeh. Oleh kerana itu apa sahaja isu yang melibatkan halal haram makanan ini SiakapKeli.com akan cuba ketengahkan selain itu aduan-aduan yang dianggap remeh bagi media-media lain juga kami akan cuba sampaikan kepada umum.

SK baru sahaja mendapat aduan daripada seorang pengguna yang mana membeli seekor ayam dalam pek, mungkin di pasar raya yang mana apabila dibawa pulang ke rumah dan hendak dimasak, kelihatan satu lubang ditebuk pada leher ayam tersebut. Tebukan pada leher ayam itu adalah satu kaedah untuk membunuh ayam dan ia tidak sah di sisi Islam.

SK tidak mendapat maklumat nama kedai bagaimanapun kita tetap boleh berhati-hati dan buat semakan sebelum membeli produk makanan seperti ini. - SiakapKeli


0 Response to "GEMPAR!!..JANGAN TERBELI AYAM TEBUK DI LEHER"

Post a Comment