Apple berbelanja lebih setengah billion dolar kepada syarikat GT Advanced Technologies untuk mempercepatkan pembangunan kaca Sapphire.
Langkah terbaru Apple ini dikatakan untuk mengurangkan kos produksi kaca Sapphire yang dikhabarkan akan digunakan pada bahagian hadapan iPhone 6 nanti, bersama-sama dengan rekaan serba baru dan skrin yang lebih besar.
Kaca sapphire adalah 2.5 kali lebih kuat berbanding Gorilla Glass dan kini digunakan secara kecil pada kaca kamera dan home-button Touch ID.
Menurut pengarah pemasaran syarikat tersebut, kaca sapphire tidak boleh calar dan tidak akan mempunyai sebarang kesan walaupun disapu pada konkrit.
0 Response to "Apple Mengeluarkan Belanja Besar Untuk Kaca Sapphire Pada iPhone 6?"
Post a Comment