CyanogenMod Installer Dikeluarkan Dari Google Play



CyanogenMod Installer telah dikeluarkan lalu ditarik balik oleh pembangunnya dari Google Play Store setelah diberi amaran keras oleh Google. Jika pembangun CyanogenMod Installer tidak mengeluarkan aplikasi tersebut Google akan berbuat demikian secara paksa.
Hal itu dinyatakan oleh pihak pembangun CyanogenMod Installer dalam satu pemberitahuan ringkas di laman web rasmi mereka bertarikh 27 November 2013.
Menurut Google, aplikasi CyanogenMod Installer meningkatkan pengguna Android untuk melakukan godaman,debugging dan customization secara berleluasa terhadap tetapan asal sistem operasi Android.
Oleh itu, pihak pembangunnya, CyanogenMod, bercadang mahu menghantar aplikasi tersebut ke Amazon App Store juga Samsung App Store.
Walaupun aplikasi CyanogenMod Installer tidak berbahaya juga tidak mengandungi virus, bloatware ataupun malwarenamun CyanogenMod Installer tidak disukai kerana boleh ia bersifat godaman serta merugikan pembuat asal sistem operasi mudah alih Android iaitu Google dalam jangka masa panjang.
Dengan menggunakan CyanogenMod Installer, prestasi telefon pintar atau tablet pc dapat dipertingkatkan secaramanual serta boleh di customize sesuka hati. Kesannya, versi Android yang dipasang dengan CyanogenMod Installer beroperasi lebih laju juga lebih cantik dari sistem Android versi asal yang stabil.

0 Response to "CyanogenMod Installer Dikeluarkan Dari Google Play"

Post a Comment