Video: “Semoga adik Mikhail kuat” – Luahan bapa kanak-kanak 4 tahun yang putus kaki tersepit eskalator di KL Sentral

Bapa kepada budak lelaki berusia empat tahun yang putus sebahagian kaki kiri akibat tersepit eskalator di KL Sentral, semalam akan berusaha sebaik mungkin supaya anaknya itu pulih dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. 
Nasaruddin Mohd Idris,40, berkata, anak tunggalnya, Dzil Mikhail, kini semakin okay selepas dibedah.
Video: "Semoga adik Mikhail kuat" - Luahan bapa kanak-kanak 4 tahun yang putus kaki tersepit eskalator di KL Sentral
Video: “Semoga adik Mikhail kuat” – Luahan bapa kanak-kanak 4 tahun yang putus kaki tersepiteskalator di KL Sentral
Menceritakan kembali kejadian berkenaan, dia pada mulanya membawa anaknya itu bersiar-siar menaiki komuter sebelum kaki anaknya tersepit eskalator.
“Sempena cuti semalam saya bawa Mikhail berjalan-jalan tambahan pula dia memang suka menaiki ‘train’ (kereta api).
“Dia (Mikhail) sangat teruja, tetapi tak sangka malang menimpa anak tunggal lelaki saya ini,” katanya ketika ditemui Hospital Kuala Lumpur (HKL), petang tadi.
Katanya, ketika kejadian pada 3 petang itu, dia, isteri bersama anaknya sedang menurunieskalator.
“Kejadian berlaku pantas, hanya beberapa saat menyebabkan saya dan isteri terkejut melihat kaki anak tersepit sebelum cuba untuk mengeluarkan kakinya.
“Dalam keadaan panik itu, dua anggota polis bantuan tiba dan orang ramai turut membantu sebelum kaki Mikhail dapat dikeluarkan,” katanya.
Bagaimananapun, Nasaruddin berkata, sebahagian kaki kiri anaknya terputus dan dia segera membawa anaknya itu ke HKL.
Katanya, Mikhail dibedah di bahagian kaki kirinya yang terputus selama dua jam.
“Bahagian yang terputus tidak boleh disambung. Kemungkinan akan ada pembedahan kedua bagi memulihkan kakinya itu.
“Doktor akan membuat penstrukturan semula di bahagian kaki yang terputus bagi membolehkan Mikhail berjalan dengan seimbang,” katanya.
Nasaruddin berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian termasuklah kemungkinan ada masalah teknikal pada eskalator berkenaan.
Katanya, dia juga membuat laporan polis di Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut.
Semalam, bomba menerima panggilan melaporkan kaki budak lelaki berusia empat tahun tersepit di eskalator.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail dipetik berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan bangunan untuk mencari bahagian kaki yang terputus pada 5.43 petang.

Sumber : Metro

0 Response to "Video: “Semoga adik Mikhail kuat” – Luahan bapa kanak-kanak 4 tahun yang putus kaki tersepit eskalator di KL Sentral"

Post a Comment