Pantang Larang Orang Melayu (Sebelum Kahwin)

1. Orang dulu-dulu kata...'' Bakal Pengantin Jangan Keluar Dengan Pasangan Selama 40 Hari Sebelum Diijabkabulkan'' sebab pantang larang ini wujud  ''Untuk Mengelakkan Tohmahan Masyarakat. Selain Itu, Ia Bertujuan Untuk Mengawal Nafsu Dan Juga Untuk Menimbulkan Perasaan Rindu Dendam Yang Akan Membuatkan Wajah Pengantin Lebih Berseri''.


2. Orang dulu-dulu kata...''Bakal Pengantin Jangan Tidur Dirumah Orang Takut Terkena Ilmu'' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Untuk Menjaga Nama Baik Keluarga''.


3. Orang dulu-dulu kata...'' Bakal Pengantin Jangan Makan Nasi Dengan Gulai Berkuah'' sebab pantang larang ini wujud  ''Bagi Mengelakkan Perut Buncit Sebelum Naik Pelamin''.


4. Orang dulu-dulu kata...''Bakal Pengantin Jangan Bercermin Selepas Maghrib'' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Bagi Mengelakkan Diri Dari Perkara Sihir''.


5. Orang dulu-dulu kata...''Bakal Pengantin Elakkan Minum Air Bergas'' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Air Bergas Mempunyai Gula Dan Gas Yang Tinggi Serta Boleh Menyebabkan Kencing Manis''.


6. Orang dulu-dulu kata...''Bakal Pengantin Jangan Mandi Malam'' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Tidak Elok Untuk Sendi-Sendi''.


7. Orang dulu-dulu kata...''Bakal Suami Jangan Pakai Seluar Dalam Ketat'' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Tidak Bagus Untuk Organ Seks Kerana Darah Tidak Mengalir''.


8. Orang dulu-dulu kata...'' Bakal Pengantin Kena Berurut Sebelum Bernikah'' sebab pantang larang ini wujud  ''Supaya Pengantin Mempunyai Tenaga''.


9. Orang dulu-dulu kata...'' Jangan Memuaskan Nafsu Dengan Cara Sendiri'' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Boleh Menyebabkan Hubungan Suami Isteri Hambar Dan Sukar Mencapai Kepuasan Ketika Bersama''.


10. Orang dulu-dulu kata...'' Ibu Atau Kakak Teman Pengantin Tidur '' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Selepas Nikah Mesti Ada Peneman Tidur Sebelum Bersama. Ia Bertujuan Untuk Menghangatkan Lagi Kemesraan''.


11. Orang dulu-dulu kata...'' Pengantin Tidak Boleh Buat Kerja Berat'' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Bila Pengantin Membuat Kerja Berat, Dia Akan Berasa Penat Dan Mudah Terjadinya Gangguan Emosi''.


12. Orang dulu-dulu kata...'' Anak Dara Tidak Elok Cukur Kening'' sebab pantang larang ini wujud  ''Kerana Ditakuti Akan Hilang Seri Muka''.

p/s:itu hanyalah pantang larang orang dulu-dulu,

0 Response to "Pantang Larang Orang Melayu (Sebelum Kahwin)"

Post a Comment