WARGA EMAS MAUT DIPUKUL ANAK SENDIRI ! DASAR ANAK DERHAKA !
Suspek (tengah) dikawal ketat polis selepas perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, semalam.
KOTA BHARU - Seorang warga emas mati dengan kecederaan parah di kepala dan putus telinga dipercayai dipukul bertalu-talu oleh anaknya yang sakit mental dalam kejadian di Kampung Baru Hujung Repek, Bachok, awal pagi, semalam. Mangsa, Yasa Muda, 71, ketika itu dikatakan bangun awal sebelum azan Subuh dan diserang secara tiba-tiba oleh anak lelakinya yang berusia 32 tahun dengan kayu dan buluh.
Mangsa dipukul di bahagian kepala, telinga dan muka. Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.30 pagi dan bergegas ke tempat kejadian. Setibanya di lokasi mendapati mangsa sudah meninggal dunia, manakala suspek pula cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan. “Suspek sangat agresif menyebabkan polis mengambil masa yang lama untuk menenangkan sebelum berjaya menahannya.
“Berdasarkan maklumat yang diterima pada jam 5.30, polis percaya kejadian bunuh itu berlaku lebih awal lagi. Mangsa ketika itu berada di luar rumah, berkemungkinan bangun untuk solat Subuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, semalam.
Menurutnya, suspek adalah orang kurang upaya (OKU) yang dikategorikan di bawah ketidaksempurnaan mental berdasarkan penemuan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Suspek ada mendapatkan rawatan mental di hospital, tetapi belum pernah diwadkan, walau bagaimanapun siasatan tetap berjalan seperti biasa kerana itu bukan alasan untuk membolehkan dia melakukan jenayah seperti ini. “Sehubungan itu, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dua senjata iaitu kayu serta buluh yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul bapanya itu dirampas polis,” katanya.
Sementara itu, suspek dibawa ke mahkamah, di sini, semalam, untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan polis. Perintah reman tujuh hari berkuat kuasa semalam hingga 24 November ini terhadap suspek berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Norida Mohd Husin.
0 Response to "WARGA EMAS MAUT DIPUKUL ANAK SENDIRI ! DASAR ANAK DERHAKA !"
Post a Comment