USTAZAH TEWAS DENGAN CINTA INTERNET !!




Nibong Tebal: Harapan seorang guru sekolah agama berumah tangga lebur apabila kekasih disangka bakal menjadi teman hidupnya menjeratnya hingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM40,000 akibat dikikis lelaki pisau cukur berkenaan.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan mula berkenalan dengan lelaki berkenaan melalui laman sembang sosial WeChat sejak lima bulan lalu dan jatuh hati dengan kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menyedari mangsa mula kemaruk cinta, suspek mula memasang perangkap termasuk mencipta alasan mempunyai beban hutang yang perlu dilangsaikan, sekali gus kerap meminta wang dan mengikis wanita terbabit.


Namun, mangsa mula mengesyaki ada yang tidak kena apabila kekasihnya mula berkelakuan aneh kerana kerap meminta wang, malah memujuknya menyerahkan barang kemas bagi melangsaikan hutangnya itu.
SHAFIEN (tengah) menunjukkan vest yang dirampas.

Berasakan dirinya dipermainkan, mangsa mengadu pada keluarganya sebelum membuat laporan polis dan memasang perangkap menjerat lelaki berkenaan dengan mengadakan temu janji berhampiran rumahnya di Bukit Panchor, di sini, Selasa lalu.


0 Response to "USTAZAH TEWAS DENGAN CINTA INTERNET !! "

Post a Comment