Sarawak Report Disekat di Malaysia


PETALING JAYA : Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM)  telah menyekat akses laman web Sarawak Report kerana menjejaskan kestabilan negara.
Didalam status laman Facebook SKMM, mereka berkata laman web tersebut disekat dibawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 dibawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 berikutan terdapat banyak laporan berkenaan dengan menyebarkan maklumat yang tidak berasas.
Laman web terbabit akan terus disekat sehinggalah Pasukan Petugas Khas selesai menyiasat tentang status 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sarawak Report tidak boleh di akses sejak petang semalam manakala sesetengah orang boleh mengaksesnya melalui server  proksi.
Pengasas laman web terbabit terbabit Clare Rewcastle-Brown berkata, “server tertentu mungkin telah disekat”, bagi menghalang akses kepada laman web untuk rakyat Malaysia.
Laman web Sarawak Report  merupakan sumber utama bagi pertuduhan salah laku berkenaan dengan 1MDB. Laman tersebut juga sudah menyiarkan beberapa cerita berkenaan dengan firma pelaburan kerajaan tersebut.

0 Response to "Sarawak Report Disekat di Malaysia"

Post a Comment