Akhirnya Teori Konspirasi RM10 Sudah Lengkap???


Siapa kata Rakyat Malaysia tidak boleh berfikir diluar kotak? Jika dahulu sewaktu tragedi MH370 dan MH17 mereka boleh samakan dengan surah-surah yang terdapat didalam Al-Quran, kini sekali lagi mereka kaitkan segalan bencana dengan negara ini hanya melalui not RM10.


Ada apa dengan RM10? Jika kita melihat gambar-gambar yang terdapat dibelakang RM10 terdapat beberapa simbol kebanggan negara seperti kapal terbang, LRT dan kapal.


Beberapa teori yang dikeluarkan oleh bijak pandai di Malaysia kononnya segala yang dibanggakan oleh Malaysia melalui Teori Konspirasi  RM10, akan musnah satu per satu.


Sebagai contoh gambar kapal terbang, mereka mengaitkan dengan tragedi MH370 dan MH17. Kemudian gambar kapal pula, mereka kaitkan dengan tragedi kehilangan kapal tangki minyak Malaysia iaitu Orkim Harmony yang ditawan oleh lanun tetapi berjaya ditemui semula.


Terbaru, LRT Aliran Ampang terbakar maka golongan bijak pandai ini mengaitkan kesemua yang berlaku tentang Teori Konspirasi RM10 sudah lengkap?
Eh? Betul ke sudah lengkap? Maaf. Pada pendapat penulis masih terdapat lagi dua gambar lagi iaitu gambar kijang dan bunga raya..


Alamak! Adakah ini bermakna kijang pula akan dijadikan santapan hidangan untuk majlis rumah terbuka maka kijang akan pupus di Malaysia?

Mungkin selepas ini bunga raya juga akan pupus kerana digunakan sebagai perisa sirap menggantikan ros kerana bunga ros lebih mahal daripada bunga raya?
Sama-sama kita saksikan!.


P/s : Tiba-tiba rasa nak tulis artikel yang gila-gila bila lihat ramai pula yang menggila sekarang ni.


0 Response to "Akhirnya Teori Konspirasi RM10 Sudah Lengkap???"

Post a Comment