9 KEADAAN FIZIKAL BAYI BARU LAHIR YANG PERLU DIKETAHUI AGAR IBU TIDAK TERKEJUT! NOMBOR 6 PALING KERAP BERLAKU !

Bayi yang baru dilahirkan mempunyai keadaan fizikal yang unik kerana baru sahaja keluar dari perut ibu. Selain daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor untuk memastikan kesihatan dan keadaan fizikal bayi baru lahir adalah normal, ibu juga perlu mengetahui keadaan fizikal ini lebih awal agar mengetahui perkara itu adalah normal bagi bayi baru lahir, jangan terkejut pula ya nampak baby banyak bulu... hihihihi


Sewaktu dilahirkan dagu dan pinggul bayi yang baru lahir adalah sempit, perut agak buncit sedikit, manakala kaki dan lengan agak pendek. Berat purata bayi baru lahir adalah seberat 3.2kg dengan panjang dalam 14 hingga 20 inci.


Kenapa baby comel sangat? :D
Jika terdapat masalah ketika pemeriksaan, doktor akan membuat tindakan susulan dan memberikan rawatan selanjutnya jika perlu. Saya kongsikan 9 keadaan fizikal normal bayi baru lahir yang ibu perlu tahu agar ibu tidak terkejut atau berasa pelik pada saat bertemu dengan bayi sejurus kelahiran.

#1 – Kepala

Bahagian ubun-ubun bayi perlu dipegang dengan sangat berhati-hati kerana ia masih lembut. Ubun-ubun ini akan menjadi keras secara perlahan-lahan sehingga usia bayi mencapai setahun, namun ada bayi yang keras lebih awal atau atau lebih lewat. Ibu tidak perlu risau. Ketika lahir bayi mungkin mempunyai rambut tebal, nipis ataupun botak.

#2 – Mata

Warna mata bayi biasanya berwarna kebiru-biruan. Jika warna mata putih bayi kelihatan kekuningan, ia petanda bahawa hati bayi masih belum berfungsi sepenuhnya.
Pada waktu ini, jika bayi menangis, ia tidak menghasilkan airmata dan bayi boleh melihat muka anda dengan jelas pada jarak 20cm. Info selanjutnya tentang penglihatan bayi baru lahir saya kongsikan di dalam 5 Fakta Penglihatan Bayi Baru Lahir yang ibu dan ayah perlu tahu.

#3 – Bahagian Dada Bayi

Sewaktu baru lahir, bahagian dada bayi kelihatan agak besar atau membengkak. Ia adalah normal tidak kira sama ada bayi perempuan atau bayi lelaki.

#4 – Kulit

Kulit akan kelihatan berbintik biru atau kelabu terutama pada bahagian punggung dan anggota badan. Ada yang mengatakan ia sebagai tanda lahir, ia akan hilang namun akan mengambil sedikit masa. Bulu roma halus juga agak kelihatan agak banyak di badan bayi, namun usah risau, ia akan hilang dalam beberapa miinggu.

#5 – Kaki dan Tangan

Terdapat juga bintik kebiruan atau kelabu pada kaki dan tangan bayi. Ia juga akan beransur hilang mengikut usia pembesaran bayi. Ibu akan melihat terdapat kulit menggelupas pada tangan dan kaki. Ini juga akan hilang dalam beberapa minggu.
Kulit bayi baru lahir kulit menggelupas
Bila tengok gambar ni kan, terus rindu nak ada baby kecik. Hihi..

#6 – Tali Pusat

Tali pusat lazimnya akan tertanggal dengan sendiri dalam masa anggaran 10 hari. Mungkin ada bayi yang akan tanggal lebih awal atau lebih lama daripada tempoh di atas. Dalam tempoh itu, ibu harus memastikan kebersihan pusat dijaga sebaiknya untuk mengelakkan jangkitan. Sebaiknya “basuh” tali pusat sebanyak 2-3x setiap hari sehingga beberapa hari selepas tanggal. Jika ibu mendapati terdapat nanah atau darah, segeralah bawa ke klinik untuk menerima rawatan.
cara bersihkan tali pusat bayi
Perubahan pusat bayi mengikut usia.

#7 – Kuku

Saat dilahirkan, kuku bayi agak panjang. Pakaikan bayi sarung tangan untuk mengelakkan muka atau kulit daripada dicakar. Setelah ibu kembali ke rumah, ibu boleh memotong kuku bayi untuk mengelakkan kecederaan.

#8 – Kemaluan

Bagi bayi perempuan, kemaluannya mungkin akan kelihatan sedikit kemerahan dan kelihatan bengkak. Kemungkinan juga akan terdapat lelehen jernih dari faraj bayi.
Bayi bayi lelaki, perlu dipastikan agar tidak mengalami Hernia iaitu Angin Pasang.

#9 – Najis

Selepas 24 jam, bayi akan menghasilkan mekonium iaitu najis berwarna hitam kehijauan yang agak melekit. Selepas bayi memulakan penyusuan, warna najis akan berubah ke warna kekuningan.
Warna najis bayi baru lahir meconium
Najis bayi baru lahir adalah Meconium. Ia berwarna hitam kehijauan dan melekit serta mempunyai bau. Apabila meconium telah habis dikeluarkan, najis bayi akan bertukar ke warna kekuningan.
Diharap sedikit perkongsian ini dapat membantu bakal ibu yang akan melahirkan bayi pertama dan juga sebagai rujukan kepada pasangan yang merancang untuk menimang cahayamata.
Sebelum terlupa, kalau nak sihat dan cergas disepanjang tempoh mengandung dan berikan bayi nutrisi semulajadi lengkap semasa kehamilan boleh klik kat entry Makanan Wajib Untuk Ibu Mengandung ni atau kalau nak tingkatkan kesuburan dan mudah hamil kat sini. Selamat menempuhi alam keibubapaan!


0 Response to "9 KEADAAN FIZIKAL BAYI BARU LAHIR YANG PERLU DIKETAHUI AGAR IBU TIDAK TERKEJUT! NOMBOR 6 PALING KERAP BERLAKU !"

Post a Comment