Kuala Krai Sejuk Luar Biasa, Bak Musim Bunga Di Paris


AWAL tahun lalu, laporan akhbar tempatan menyebut tentang kemungkinan Malaysia mengalami cuaca sejuk luarbiasa hingga mencecah 17.2 darjah Celcius.
Perkara ini dimaklumkan Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr Shaharuddin Ahmad.
Dr Shaharuddin berkata, fenomena ini disebabkan cuaca sejuk melampau yang melanda Siberia, Rusia menyebabkan tiupan angin bertekanan tinggi merentasi negara rantau Asia Tenggara termasuk negara ini yang sedang mengalami musim Monsun Timur Laut.
Ternyata, telahan ini benar apabila kawasan Pekan Kuala Krai, Kelantan kini dikhabarkan sudah mula mengalami cuaca sejuk sejak Sabtu.
Menerusi gambar dikongsikan di Facebook I Love Kuala Krai, kelihatan beberapa pemuda di sana berdiri dalam kabus tebal seperti berada di pusat peranginan tanah tinggi.
kualakrai2
Kabus yang tebal membuatkan jarak penglihatan turut terbatas, hinggakan kenderaan terpaksa dipasang lampu meskipun hari sudah siang.
kualakrai1
Penduduk tempatan mendakwa suhu dialami di sana pada pagi Sabtu dipercayai antara 17 hingga 19 darjah Celcius, membuatkan mereka merasai suasana sejuk seperti berada di Genting Highlands.
Fullscreen capture 1182015 21619 PM
Suhu yang menyamai cuaca musim bunga di United Kingdom ini bagaimanapun bukanlah fenomena baharu kerana ia pernah melanda Kuala Krai pada Januari tahun lalu.
Susulan cuaca sejuk luarbiasa ini, penduduk yang mempunyai masalah kesihatan seperti semput dinasihatkan bersedia apa yang patut. -MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Kuala Krai Sejuk Luar Biasa, Bak Musim Bunga Di Paris"

Post a Comment