(Video) Penumpang Sudah Pengsan Sebelum Pesawat Terhempas?



Perubahan tekanan udara yang drastik mungkin menyebabkan semua penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah pengsan sewaktu ia terjunam dari ketinggian 32,000 kaki ke atas permukaan laut.
Andaian itu dibuat oleh bekas Jeneral Perhubungan Udara, Budhi M Suyitno menerusi laporan Detiknews.com, hari ini.
Menurutnya lagi, tidak mustahil ada juga yang sudah meninggal dunia di saat pesawat itu masih lagi di udara.
Budhi turut menjawab pertanyaan wartawan mengenai beberapa mayat yang kelihatan sempurna ketika ditemui terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.
“Mayat yang terapung itu kelihatan sempurna di luarnya, tetapi di dalamnya sudah cedera teruk. Kalau jatuh dari ketinggian 60 meter itu sama dengan impak 9 G yang bermaksud sembilan kali berat badan anda,” jelasnya.
Penjelasan itu diharap dapat melegakan sedikit hati keluarga penumpang yang mungkin membayangkan ketakutan yang dialami oleh mangsa sebelum terhempas. 



Jenazah Pramugari AirAsia Khairunisa Haidar Dikenalpasti


Difahamkan tiga daripada tujuh mayat telah dikenalpasti identiti mereka dan seorang daripadanya merupakan pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas Ahad lepas, Khairunisa Haidar Fauzi, 22,.
Dua lagi mayat dikenalpasti sebagai Hayati Lutfiah (penumpang wanita) berasal dari Tegalsari, Surabaya dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Kevin Alexander Soetjipto (penumpang lelaki).
Khairunisa sebelum dilaporkan dalam laporan Mynewshub.cc berkaitan pramugara pesawat itu Oscar Desano.
Ibu, Allahyarham Khairunisa, Rohana sebelum berkumpul bersama saudara-mara di rumah mereka dan berkongsi melihat gambar-gambar pramugari itu.
Pesawat QZ8501 terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura selepas dilaporkan mengalami gangguan cuaca buruk ketika dalam perjalanan.
Pesawat itu membawa 155 orang penumpang dengan tujuh anak kapal dan dikendalikan oleh Kapten Iriyanto.
Kesemua mereka yang berada di dalam pesawat itu dilaporkan terbunuh akibat nahas berkenaan.
Setakat ini, tujuh mayat sudah pun ditemui susulan penemuan serpihan pesawat QZ8501 di Selat Karimata. – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "(Video) Penumpang Sudah Pengsan Sebelum Pesawat Terhempas?"

Post a Comment