Terkini ! Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang Dari Radar Pagi Tadi


Syarikat penerbangan Air Asia melaporkan pesawat QZ 8501 dari Singapura ke Surabaya hilang dari pantauan radar kira-kira pukul 7.24 pagi tadi.
Menurut laman Facebook syarikat penerbangan itu, pesawat berkenaan merupakan milik syarikat AirAsia Indonesia.
Pesawat berkenaan merupakan jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
“Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan Air Asia memberikan kerjasama dan segala bantuan yang diperlukan untuk operasi berkenaan,” katanya.
Syarikat AirAsia sudah pun mewujudkan Pusat Panggilan Kecemasan untuk ahli keluarga dan rakan mereka yang mungkin berada dalam pesawat itu.
“AirAsia akan memberikan maklumat terkini sebaik perkembangan terbaru diketahui,” katanya.
Pecahan Penumpang Dalam Penerbangan QZ8501
Gambar Hiasan

Berikut adalah senarai awal pecahan penumpang mengikut negara dalam penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Singapura ke Surabaya hilang dari pantauan radar kira-kira pukul 7.24 pagi tadi.
INDONESIA – 149
KOREA – 3
MALAYSIA – 1
BRITISH – 1
SINGAPURA – 1
Penerbangan tersebut sepatutnya tiba di Singapura pukul 8.30 pagi tadi.

0 Response to "Terkini ! Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang Dari Radar Pagi Tadi"

Post a Comment