Kena tindih waktu tidur adalah pengalaman ngeri bagi sesiapa yang mengalaminya. Keadaan ini berlaku bagi kanak-kanak dan remaja yang meningkat umurnya. Namun tidak mustahil berlaku pada orang dewasa terutamanya yang terganggu fikiran dan agak penakut.
Rupanya perkara ini sudah lama dikaji oleh ilmuan Islam dan apabila saya membuka kitab Lisanul Arab, ia memang sudah mempunyai namanya sendiri.Dalam kajian sains ia dipanggil Sleep paralys.
Fenomena ini dikenali Jatsum,Baruuk dan Aniedlaan oleh orang arab dulu.
Dalam Kamus Ibnu Manzur:
Ia adalah kabus atau fenomena antara sedar dan tidak dan merasakan ada sesuatu duduk atas dada manusia ketika tidur.Ia juga dikatakan sebagai permulaan rasuk. Apabila seseorang ditimpa dengan fenomena ini, ia akan merasakan seolah-olah dirinya sedang dikawal oleh sesuatu, merasa pergerakan terikat dan tidak dapat mengeluarkan suara.
Ada beberapa faktor berlakunya tertindih dalam tidur. Antaranya :
1.Faktor fizikal tubuh iaitu disebabkan oleh kesan pemakanan dan ubatan. Keadaan ini boleh menyebabkan mimpi buruk tapi tidak berulang-ulang.Dikatakan kaedah untuk merawat faktor pertama dengan membuang darah kotor.seperti berbekam dan sebagainya.
2.Faktor makhluk halus dan gangguan jin.Biasanya faktor ini akan menyebabkan pesakit mendapat mimpi yang berulang-ulang. Faktor kedua boleh diubati dengan rawatan Islam.
Tanda awal
2.Faktor makhluk halus dan gangguan jin.Biasanya faktor ini akan menyebabkan pesakit mendapat mimpi yang berulang-ulang. Faktor kedua boleh diubati dengan rawatan Islam.
Tanda awal
Sebenarnya memang boleh menjejaki fenomena ini sebelum berlaku, antaranya terasa desingan telinga sebelum tidur, resah dan susah untuk melelapkan mata. Tapi ada masa juga tidak ada tanda-tanda awal.
Pengalaman saya.
Pengalaman saya dengan Jatsum ini sudah sampai tahap lali. Mungkin boleh dikatakan bahawa saya sendiri suka mengalaminya dengan tujuan untuk menguji diri dan mengetahui cara mengatasinya.
Pada masa saya tingal di Hostel anak Johor di Mesir, saya tinggal di bilik bahagian atas sekali. Ia adalah pengalaman yang menarik. Pada mulanya, bila saya mengalami fenomena ini, saya agak kelam kabut dan meronta dengan sekuat hati bagaikan ada sesuatu yang menekan dan mengikat pergerakan saya.
Maka sejak malam itu saya menegaskan pada diri saya, kalau ia berlaku pada saya, saya akan membaca Auzubillahiminasyaithanirrajim(Ta'auz) dan ludah ke kiri sebanyak 3x. Apa yang berlaku ialah saya merasakan ada sesuatu yang menghalang kepala saya bergerak. Namun setelah saya gagahkan bacaan dan ludah ke kiri 3x, barulah saya berjaya melepaskan diri.
Setelah itu saya tetapkan dalam minda saya , jika berlaku lagi saya akan ludah 3x ke kiri tanpa membaca Ta'auz.Nampaknya ia berkesan. Memang pada mulanya ia menghalang tapi bila sampai kali ke 3, saya berjaya sedar sepenuhnya.
Percubaan seterusnya, saya tetapkan dalam minda saya, jika berlaku lagi, saya akan cuba ludah sebanyak 4x ( walaupun sunnah 3x) untuk tujuan ujikaji saya. Agak mengejutkan. Kerana setelah saya ludah kali ke 4, fenomena ini berlarutan dan saya semakin sukar untuk melepaskan diri. Tapi berjaya setelah berhempas pulas.
Selepas peristiwa itu, saya setkan dalam minda saya kalau berlaku, saya akan diam dan tidak berbuat apa-apa. Hahaha.. nampaknya saya berjaya psiko 'benda itu'. Walaupun agak terasa betapa beratnya, tapi sikap tidak pedulikannya, berjaya menghilangkannya tanpa bersusah payah. Dan yang lebih menakjubkan, saya tidak lagi ditimpa dengan fenomena ini hingga sekarang.
Pesanan
Bagi mereka yang tidur di kawasan berpenghuni makhluk halus, memang mudah untuk ditindih. Maka elakan tidur laluan keluar masuk, antara pancaran cahaya dan gelap, bawah palang kayu, dan paling penting sekali jangan tidur tanpa menyempurnakan adab-adab tidur.
Jika anda terjaga dari tidur setelah mengalami fenomena ini, hendaklah beredar ke tempat lain. Tapi jika anda tidak mahu beredar maka anda boleh kibaskan semula tempat tidur dengan kain bahagian dalam atau anda beri isyarat ludah ke kiri 3x.
0 Response to "Pengalaman Kena tindih waktu tidur"
Post a Comment